Member Kamcing Anak Haji Amir

Selasa, 25 Mei 2010

Anak-Anak ku....

Takde apa yang hendak diperkatakan, cuma nak berkongsi aktiviti anak-anak di masa lapang.

Naufal dengan lukisannya, mula-mula dia kata tu gambar abah, lepas tu dia kata yang tu dia pulak....

Yang ni pulak gambar kami sekeluarga, dari kiri; abah, naufal, uqaiel, nabil dan ummi.

Ni pulak nabil yang lukis, dia kata ni gambar ummi...

Ni pulak aktiviti waktu malam, mengaji....

Khamis, 20 Mei 2010

Berendam Di Taman Belia

Ni video masa sebelum kena demam campak....

Soalan yang membuatkan Aku "terkedu"

Peristiwa #1'

Masa beli nasik lemak dekat dengan opis Wan Malinee, kakak yang jual nasik tu tanya, " ni adik Ros ka?". .....Terdiam aku, mana taknya, memang aku adik Ros ( fairos ). Tapi kalau mengaku takkan le dia kenal Kak Ros nun jauh di Ipoh. Takkan le dulu dia ada jual nasik lemak dekat dengan nursery kak Ros?

So, setelah terkedu sejenak, terus jawab " Tak.."

Peristiwa #2

Masa tengah makan nasik dekat rumah mak mertua, tetiba Nabil bertanya, " Kenapa kat rumah kampung( rumah abah ) tak de Mak Tok ( panggilan diorang kat Mak Mertua- nnenek diorang la )..?"
Terkedu jugak, macamana dia boleh terkeluar soalan tu.... Sampai hari ni tak jawab lagi kat dia....

Jumaat, 14 Mei 2010

Campak

2 minggu lepas, Naufal dan Uqaiel kena campak. Habis satu badan, terutamanya muka kena. Sampai hari ni Uqaiel masih kelihatan parut-parut dibadan dia dan sampai sekarang tak berapa sembuh lagi, asyik demam dan batuk je. Pada mulanya, Nabil yang kena dulu lepas tu baru Naufal dan Uqaiel.

Ni masa kena campak...


Masih boleh senyum lagi...


Ni pulak masa mula-mula nak naik campak ( pegi tepi laut dekat QueensBay Mall )


Ni pulak masa dekat rumah la, tak bagi pakai baju, panas dan miang...Naufal pun sekali...


Ni minggu lepas, adik ada datang, bawak Nabil kerumah mengasuh dan hantar Naufal ke sekolah...( Naufal kata, " Best naik motor Pak Su, laju...." )

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails