Naufal kelihatan sangat gembira nak pergi sekolah...
Fakta 1:Naufal adalah pelajar yang terbesar sekali saiz badannya dan dia lebih matang dari pelajar lain membuatkan dia di suruh menjaga ( menengok-nengok )pelajar lain.
Fakta 2:
Hari pertama persekolahan yang mana hanya setengah hari ( sampai pukul 1ptg ) dia sepatutnya dihantar balik oleh cikgu tapi, cikgu terlepas pandang dia siap makan tengahari dan tidur bersama pelajar lain yang belajar sampai ke petang. Bila ditanya kenapa Naufal tak balik, dia kata Ummi dengan Abah tak datang ambil....
Naufal dah nak sama besar ngan ummi dah, dihadapan sekolah Al-Azhar..
Di sekolah Naufallah yang banyak tanya sekali, sikit-sikit "cikgu" sikit-sikit "cikgu". ( apa yang diberitahu oleh cikgu dia )
Peace....
Fakta 4:Masa hari pertama balik sekolah, terus bagitau yang dia makan nasik dengan sayur dan ulang dua tiga kali kata nasik tu sedap...
Besar tak badan Naufal....
Fakta 5:Pada minggu pertama, tiap-tiap pagi Nabil menangis sebab nak ikut Naufal pergi sekolah. Diantara ayat-ayat yang menyayat hati masa dia menangis ialah;
1) Nabil nak pegi sekolah, Nabil dah besar dah..
2) Nabil tak suka pegi rumah mak( pengasuh), Nabil nak pergi sekolah..
3) Nabil tak mau pakai baju tu( baju yang biasa dipakai masa nak pergi rumah pengasuh) Nabil nak pakai baju sekolah..
4) Kalau tak boleh pegi sekolah pun, Nabil nak tengok kat tingkap je Naufal dalam sekolah( sebab hari pertama bawak dia dan dia tengok Naufal )
5) Sekarang dia dah tak nangis dah tapi macam sedih je kalau hantar ke rumah pengasuh....( siap bawak beg sekolah lagi)
Berdiri tepi sekolah..( orang suruh berdiri tepi sekolah, dia berdiri betul-betul tepi )
Fakta 6:Bila tanya Naufal dia makan Bihun( ari tu menu bihun ) tambah tak? Dia jawab, " Naufal mintak tambah kat cikgu, tapi cikgu kata bihun dah habis. Tapi Naufal tau bihun ada lagi, masa Naufal pegi basuh tangan Naufal nampak Bihun ada lagi..."
Sepatutnya sekolah ada menyediakan kopiah, tapi memandangkan takdak saiz, Naufal terpaksa pakai songkok sendiri( duit dah ambik dah untuk 3 kopiah tapi sampai sekarang tak dapat lagi)
Tengah main sampai tak sedar Abah dan Ummi dah datang...
Dapat pekeliling dari sekolah, yang mengatakan diorang sekarang ni( mulai tahun ni) mendapat perintah dari Kementerian Pelajaran supaya mengikut kurikulum yang ditetapkan oleh pihak kementerian yang mana pelajaran Qiraati Al-Quran dimansuhkan dari jadual kokurikulum 8 hingga 12. ( tu yang kalau nak belajar Qiraati tahun ni kena bayar, sebab dah luar dari jadual iaitu pukul 12 hingga 1ptg.)Apa punya kerajaan Hadhari ni, nak belajar Quran tak digalakkan tapi isu nama Allah jadi jagoan, itulah 1 malaysia namanya....
Walaupun berbadan besar dia kerapkali ditolak pleh kawannya yang lebih kecil. Dan bila balik sekolah selalu cakap ada kawan kacau dia ( dah diajar supaya jangan bergaduh) sabar je la...
Fire...!!!!!
Sampai sekarang tak tau nama cikgu dan kawan-kawan. Dia memanggil kawannya dengan panggilan " Kawan-Kawan" je...Cuma semalam dia cakap nama sorang kawan dia "IRFAN", mungkin tu je yang dia ingat sebab sama dengan nama anak Kak Lili..
Budak tu le yang tolak Naufal tu....