Member Kamcing Anak Haji Amir

Ahad, 30 Oktober 2011

Esok Ke IKEA KL..

Esok, pagi-pagi buta aku akan ke KL. Nak pergi IKEA, nak shopping dekoratif item untuk kami punya Show house. Harap-harap semuanya berjalan dengan lancar. Katanya nak bertolak pada pukul 6 pagi, kena keluar rumah awal untuk ke pejabat dan bersembahyang subuh di masjid simpang enam, berdekatan pejabat.
Minggu lepas, bila Bos kata boleh ke datang pejabat pukul 6 tuk ke KL, aku kata aku tak kisah, boleh. Aku takut nanti diorang yang datang lambat...Takpe kita tengok nanti sapa yang lambat...

Dijangkakan sampai ke KL pukul 10, dan bertolak pulang dari KL pukul 4petang...Letih sikit la drive pergi balik sehari suntuk ni...

Jadi esok aku tak dapat la nak blog walking pepagi macam selalu....

***Jumpa di IKEA..!!!

Khamis, 27 Oktober 2011

Perancangan Aidil adha..

Buat semua anak-anak Haji Amir, hari raya Aidil Adha akan muncul tak lama lagi, lebih kurang seminggu lebih. Seperti yang kita semua tahu, tahun ni kita akan menyembelih seekor lembu. Jadi apa kata kita merancang apa aktiviti kita apabila berkumpul ramai-ramai nanti, selain menunggu giliran untuk mengurut badan dengan kerusi urut baru abah.

Boleh dikatakan semua akan balik ke kampung pada hari sabtu ( sehari sebelum raya - kecuali Kak Long dan Pinny ). Hari tu mungkin akan membuat persiapan untuk hari raya. ( 1 )Jadi sila beri cadangan untuk hidangan/masakan tuk hari raya. Yang ke ( 2 ) Cadangan untuk hari raya( selepas acaran korban )

Empunya Blog mencadangkan pada malam tu kita buat barbeque daging korban, sebab keesokan harinya semua akan balik semula....Amacam....

***Semua Anak-Anak Haji Amir di wajibkan untuk mengomen....hehhehe

Rabu, 26 Oktober 2011

Tragedi Tapi tak La Tragedi Sangat

Hari ni cuti Deepavali, dari pagi lepak kat rumah je  lepas asar baru bawak bebudak keluar. Malam baru berpeluang nak jenguk blog ni. Nak cerita sikit tentang satu trajedi yang tak berapa trajedi yang berlaku dah lama dah, semasa persiapan nak menyambut perayaan.....

Ijal yang bawak balik barang dari pasar telah memakir kereta dia dekat dengan rumah supaya senang nak angkat barang, tetapi lain pulak jadinya. Kereta dia telah tersangkut dalam pasir yang lembut depan rumah....Ikuti kisah selanjutnya......

Kereta Ijal yang terbenam membuatkan semua resah dan gelisah....

Segala usaha dah dilakukan, mengorek lubang dibelakang roda....

Tapi masih tak boleh sebab dah masuk dalam sangat sampai kena depan punya skirting...

Dah ditolak beramai-ramai menggunakan seluruh kekuatan ahli keluarga...sampai pasir beterbangan melepasi kepala..!!!

Yang pasti, ianya bertambah dalam...

Iman, gembira bermain kucing, tanpa memperdulikan abah dia punya kereta makin ternggelam...

Akhirnya, jiran sekampung yang katanya agak 'expert' tentang penggunaan kenderaan pacuan empat roda telah datang setelah dipanggil...Datang dengan langkah penuh gaya...

Setalah pengambungan dibuat.....

Akhirnya dia mula menarik kereta Ijal...

Tapi lain pula jadinya...nampaknya si expert tersilap dengan menarik kereta secara mengundurkan pacuan empat rodanya..! Menyebabkan pacuan empat rodanya rosak serta-merta..!!

Daud, Kak Ros, Imah dan Pinny yang memerhatikan apa yang berlaku hanya mampu tersenyum...

Akhirnya satu lagi pacuan empat roda datang untuk menarik yang telah rosak...


 Akhirnya pengganti yang mengambil alih....

Dengan bantuan dari ahli keluarga yang tolong tolak...

Akhirnya berjaya menggerakkannya....sedkit..

Sedikit.....
  
 Berjaya akhirnya.....

Wajah kegembiraan setelah semua selesai....Achik, Izzat, Along dan Furqan...

 Tuan punya kereta, Ijal yang memeriksa keadaan kereta dia...sampai menonggeng-noggeng...

Yang kedua menyambungkan tali pada yang pertama...


Lalu ditarik pergi....


Setelah berpeluh sakan, akhirnya segalanya selesai sudah....

***Itulah kisahnya...tragedi yang tak la berapa tragedi...

Selasa, 25 Oktober 2011

Suatu Pagi Di Pantai Bersih..

Suatu pagi, selepas balik dari surau, kami rasa tak tau nak buat apa. Memandangkan abah dan abang-abang ipar yang lain masih belum balik dari surau. Kami mengambil keputusan untuk meronda-ronda sekitar Seberang Perai. Tanpa arah tuju, kami memulakan perjalanan dengan menaiki kereta Ijal.

Mengambil keputusan berhenti di kawasan Pantai Bersih ( yang tak berapa nak bersih ) di Teluk Ayer Tawar. Memerhatikan keindahan alam sambil menanti terbit sang mentari...Tenang dan damai, sambil menghirup udara pagi yang bercampur bau hanyir laut....Air surut ketika itu, kelihatan ikan belacak kelihatan berenang-renang di daratan..

Menanti Sang mentari..
Ijal yang masih berkain pelekat..

Keindahan alam yang patut di syukuri..







Di kejauhan, kelihatan bangunan tertinggi di Pulau Pinang, Komtar...
















***Tak de apa nak cerita, layan je la gambaq....Hehehe

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails