Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 18 November 2015

Mari Melukis

Assalamualaikum...Lama sangat dah tak update kat blog ni, malah kat facebook pun dah lama. Setelah sekian lama, walaupun banyak cerita tentang keluarga Haji Amir yang boleh aku muatkan kat sini, tapi oleh kerana keterbatasan masa, terpaksa aku abaikan.

Hari ni tup-tup terus cerita pasal melukis pulak...Aku tak pernah lagi melukis potret anak dara aku yang kecik sorang tu. Ni yang nak share sikit....hehehehe...Jom sediakan pensel dan kertas...


Mula-mula buat garisan menegak dan melintang dulu...

Macam biasa, aku suka lukis mata dulu...sebab kalau mata jadi maknanya yang lain tu mudah la...

Lepas tu baru lakarkan hidung, mulut, kening dan bentuk muka...

Mula lakar rambut pulak...

Detailkan mata...dan gelapkan mana yang patut..

Gelapkan pula bahagian muka dengan 'shadow'...( mana yang perlu )

Tambah baju...

Ok lah...siap...


Dhia Irdeena...ni gambar baru...semalam bila ambil dia dari rumah pengasuh...tutp kepala dengan jaket....
*Lakaran ni sebenarnya dah lama dah buat, cuma baru berkesempatan nak update...

Rabu, 27 Mei 2015

Selamat Sudah..Jom Melukis..

Assalamualaikum....
Setelah sekian lama blog aku ni tak di update, akhirnya berjaya jugak aku siapkan satu cerita.. Minggu lepas kami sekeluarga telah menghadirkan diri ke Majlis Resepsi anak sedara aku yang sulong, Ayman dan pasangannya Sheila yang berlangsung di Indera Mahkota, Kuantan Pahang. Setelah berbincang adik-beradik akhirnya kami sepakat untuk menghadiahkan lukisan potret pasangan dan kad. Aku ditugaskan melukis potret tu dan Ijal pulak untuk buat kad ucapan.

Walaupun dah lama tak pegang pensil untuk memotret disebabkan kesibukan lantas terasa kekok jugak, namun diteruskan jua....


Seperti biasa, dengan lafaz Bismillah, kita mulakan lakaran....

Lepas tu kita mula detailkan sikit...


Kita masukkan shadow...

Detailkan mata....

Ok, siap dah satu muka....
Lepas tu kita ulang proses yang sama untuk lagi satu wajah...

Siap kedua-dua wajah...

Lukiskan baju pulak...


Masukkan sedikit shadow kat baju...

Gelapkan sikit bahagian yang berkaler pada baju...
Gelapkan lagi mana-mana bahagian yang perlu di 'shadow'kan...

Akhir sekali hitamkan bahagian belakang pastu tandatangan...hehehe...siap..

Yang ni pulak kad ucapan osem yang Ijal buat, abah sedang menulis ucapan buat pengantin...

Penyerahan potret dan kad yang telah ditandatangani oleh semua ahli keluarga kepada pasangan Pengantin..

**Tahniah buat Ayman dan Sheila, moga kekal hingga ke Syurga...Buat K.long dan keluarga, tahniah kerana mendapat menantu....

**Sorry lakaran tak berapa jadi, lama tak melukis...

Selasa, 10 Mac 2015

Family Day 2015- ( Manaiki Tram )

Selalunya aku hanya melihat traktor digunakan untuk menarik treler mengangkut sawit di kampung, kini dengan satu family sekali kami naik traktor/tram ni.

Memang best, mengelilingi kawasan sawah padi yang damai di Sekincan ( tapi kali ni bukan musim menanam padi lagi, kalu tak lagi la nampak menghijau ), berhenti membeli-belah di Perusahaan Sederharna Kecil dan melihat pemandangan di tepi Pantai Redang.

Kami rasa macam pelancong luar negara pun ada kerana tram ni melalui jalan besar, jalan kampung yang mana semua melambai-lambai pada kami....Ada pelancong lain yang mengambil gambar lagi....

Sukaneka Anak Haji Amir 2015-Gagau ikan keli

Meriah sungguh...!..Diselang seli kan pula dengan adegan mencuri ikan satu sama lain, kejar mengejar....Semuanya masih terpahat diingatan...!

Bukan budak-budak je suka main lumpur ni, mak bapak budak pun enjoy..!...Sekali sekala dapat main lumpur, kita main puas-puas..Takda siapa nak marah...hehehehe...

Isnin, 9 Mac 2015

Family Day 2015( Hari Ukhuwah )-Part 2 Sukaneka

Pada hari kedua kami di Sekinchan, selepas sarapan kami berkonvoi ke kawasan homestay berdekatan sawah padi dengan menaiki kereta masing-masing. Bila tiba saja kami diminta membuat sedikit senaman memanaskan badan sebelum memulakan sukaneka.

Semua melakukan senaman ringkas..
Menantikan arahan..
Selepas itu semua orang berkumpul dengan kumpulan masing-masing( kumpulan telahpun diundi pada petang hari sebelumnya dan ketua kumpulan adalah pasangan suami isteri yang mana anak-anak masing-masing tidak dibenarkan dalam kumpulan ibu bapa mereka )

Game yang pertama adalah melontar selipar dan menyusun tin. Punya la susah nak kena tin tu....Tapi semua orang memberikan komitmen yang sepenuhnya.
Faiez cuba sedaya upaya melontar selipar dengan penuh gaya, tapi apa kan daya...hehehe

Aku pun cuba tapi tak kena...

Tudia, Furqan dalam cubaan mengelak dari dilempar selipar..

Game yang ke dua pulak, boling buah kelapa....Yang ni pun punya la susah nak kena botol plastik tu.....
Dalilah, kumpulan K.Linda ni...

Abah, dengan bersemangat...

K.Ros sedang membaling kelapa..

Lepas tu kena kopek buah kelapa dengan tangan pulak....Yang ni group aku menang....Hehehhe
Macam semua diserahkan kepada Abah ja ni...Imah, Safwan dan Ihsan tengok ja...

Ni Group aku...

Group K.Ros...

Selain tu ada juga game yang membuatkan kami berendam dan berenang dalam taliair sambil membawa/mengepit batang pisang di bawah ketiak....Sungguh tak logik...hahahaha....Sudahnya kami berlari la dalam air yang berselut lembut tu bukan berenang....
Semua bersiap sedia di garisan permulaan..

Dah mula nak berenang dah...

Tudia...semua berlari....mana nak sempat berenang dah...yang mana kat tepi tu untung la,cangkat sikit..kat tengah tu tenggelam la...

Semua peserta kepenatan dan kebusukan...hehehe
Ni pulak acara dalam bendang yang kering, acara mengutip tin..
Semua bersedia untuk acara kutip tin...

Yang ni pulak terbaik..acara menangkap atau menggagau ikan keli....Pelbagai kejadian curi ikan terjadi. Tapi memang best, semua tu memeriahkan lagi suasana!..
Daud bersama keli yang ditangkap...

Budak-budak pun seronok berkubang dalam selut...hehehe

Semua dengan hasil tangkapan...


Memang best sangat-sangat..!

Acara untuk budak-budak pun ada. Acara memancing botol dan isi air dalam botol.
Susah tu nak masukkan dan angkat botol guna pancing...

Bantuan ibu, bapa dan kumpulan diperlukan....


Ni pulak isi air dalam botol....

Pini membantu Izzat memasukkan air dalam botol..

Basyirah sedang beraksi...

Iman, gruop aku ni...jadi kena la tolong sikit...

Kumpulan aku...sama-sama membantu...tapi ada jugak yang menipu...hehehehe

Kak Linda dan Uqaiel..
Furqan dan Naufal..

Memnag terbaik la semua ahli keluarga..! Anda semua memberikan komitmen yang penuh dalam menjayakan sukaneka kali ni. Walaupun ada sedikit kelemahan di pihak pengurusan ( Sekin Hotel ) dalam mengendalikan sukaneka ni tapi rata-rata kami semua berpuas hati...
Seperti post yang lepas, Link dan Kosmo, sukaneka ni memang mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga...!

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails