13 hb November, aku diminta oleh Kak Lili untuk menghantar Irfan ke USM, bagi majlis penyampaian hadiah-Dalam hati, budak-budak tadika sekarang ni 'advance' sungguh, majlis penyampaian hadiah pun buat kat dewan yang besar-besar. Dulu mana ada, sedangkan aku sendiri pun tak pernah masuk sekolah tadika....
Macam biasa, terlambat lagi. Majlis di atas kertas bermula pada pukul lapan, tapi pukul lapan aku baru sampai rumah Kak Lili, tu pun setelah memandu kereta ala-ala filem transporter, nasib baik pagi lagi kereta tak banyak dan Encik polis pun belum keluar buat rondaan...Setelah mengambil Adik ( yang ada kat rumah Kak Lili )dan Safwan, terus bergegas ke rumah Kak Zah.
Kak Zah pengasuh Irfan dah marah-marah, kata Safwan. Katanya, Irfan dah siap lama dah, mana Pak Njang tak datang lagi. Irfan segak berbaju batik, berkopiah sulam, berseluar slack dan berkasut raya. Bila ditanya, dia pun tak tahu nak pergi ke mana.
Setelah sampai ke Dewan D, USM, kami pun masuk ke dewan yang memang dah penuh orang. Yang paling menyampah ialah kami terpaksa tunggu sehingga pukul sepuluh pagi baru upacara dimulakan, dengan alasan, kesilapan teknikal. Kalau tahu awal-awal lagi kami dah pergi makan dulu kerana perut belum lagi diisi dengan apa-apa makanan pepejal sejak dari bangun tidur, yang sempat hanyalah seteguk air paip buat melapik perut itupun secara tak sengaja semasa memberus gigi pagi tadi. Setelah menunggu acara yang dimasuki oleh Irfan, kami mengambil keputusan untuk keluar bersarapan pagi setelah bunyi perut kami lebih kuat dari nyanyian nasyid budak-budak tadika. Dengan meninggalkan Irfan yang mana kami jangka akan dijaga oleh guru-guru dan semua hadirin yang hadir kerana dia agak comel. Kami bersarapan di restoran Khalil di luar kawasan USM, dengan Adik makan Kue Tiaw goreng mamak kosong ( kerana kelihatan agak kosong tanpa awaih-awaih ), aku makan Murtabak mee segera yang ntah rasa apa-apa, manakala Safwan makan Roti telor bawang 2 keping ( kerana lapar yang teramat seperti tidak menjamah makanan selama 18 bulan ).
Dibawah disertakan beberapa gambar dan video...
Irfan yang amat nergaya...
Bersama Adik dan Safwan...
Safwan yang boring sorang, menghabiskan masa menangkap gambar kasut..
Sebab 2 orang bapak saudara dia sedang mencari ilham....
Oleh kerana kesejukan penghawa dingin yang melampau...
Nak tidoq pon, cover la sikit...ni cover banyak, sampai nak menutup mulut...
Setelah selesai, bergambar bersama Irfan yang memenangi hadiah kedatangan...
Petang tu jugak kami balik ke kampung ( untuk menghantar Adik, Safwan, Irfan dan Ihsan ).
Pada keesokan harinya, seperti biasa pagi kami memancing, dapat la 11 ekor..selepas balik rumah terus mula memasak untuk makan tengahari...diantara menunya ialah....
Sup tulang "Perghhhh", yang kekurangan garam..
Ikan Ngek-ngek goreng ( yang baru dipancing )
Sayur peria bersos tiram ala-ala perasa udang dan sotong berkunyit...
Sambal kicap bercili hijau tak cukup masak ( oleh adik )
Ni pulak masa nak mula makan, Daud call....
Video, Irfan bernasyid....
Ni pulak penyampaian hadiah kepada Irfan...