Member Kamcing Anak Haji Amir

Selasa, 6 Oktober 2009

Persiapan Rayaa....

Tahun ni aku tak berkesempatan untuk bersama keluarga di kampung membuat persiapan menyambut Aidil Fitri, kerana tahun ni aku beraya di rumah Mertua terlebih dahulu.


Namun begitu, adik-adik dan kakak-kakak yang telah pulang dulu ke kampung telah merakamkan babak-babak yang mengujakan iaitu semasa persiapan untuk menyambut Hari Raya. Semuanya berkisar tentang bagaimana kemeriahan untuk menyambut hari lebaran.




Segala persiapan telah dibuat oleh anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Haji Amir yang telah pulang lebih awal ke kampung, iaitu K.Long sekeluarga, .Ros sekeluarga, Ijal & Farha, Pinny, Daud, Imah dan Adik.


Saksikan kemeriahannyaa.......









Sebahagian kuih raya yang bertimbun tuk santapan di hari raya









" Lihatlah Dunia, akhirnya aku berjaya bertahan hingga hari terakhir puasa, bukan sonang nak abih poso satu bulan, nasib baik tahun ni duopuloh semilan aghi yo...." Kata Ijal sambil menjulang kicap tanda kemenangan.

KakRos yang mula kelam kabut pabila semua masakan seperti tak dapat disiapkan sementelah pula Pinny beriya-iya hendak buat 'Umai Ayam Kampung'






Dek kerana malu untuk menunjukkan mukanya yang tak bermekap, Maizawati eh salah plak, K.Long memalingkan badannya...





Kak Ros masih lagi bermasam muka kerana tak puas hati kat Pinny yang dapat buat kerja sambil duduk, sedangkan dia terpaksa berdiri..." Lega aku buleh buat kerja duduk, lepas ni nak baring la pulak " kata Pinny sambil tersengeh.....




Aina ni tak larat kot tu yang melepek jer, tapi sempat lagi memberikan post yang menarik




" Tak aihh...Imah tak rasa aihh...Tengah susun koi raya...Tak mau makan, tak mau, tak mau..."






Sapa plak buat lompat kijang kat tengah-tengah laman orang nak buat kerja ni...Sambil diperhatikan Imah.




Imah menyusun kuih raya sambil diperhatikan Aina dan Farha. Kat belakang tu Abah tengah cekak pinggang sambil memerhatikan kelancaran atucara memasak.






Ni Abah tengah melipat daun palas untuk dibuat ketupat pulut pada sebelah malamnya nanti





"Macam ni dia punya lipat....Hang ambik gambaq saja, mai tulong buat nih " Marah abah





Lagi lipatt...



Posing mautttt..... di tepi pintu...Imah.




"Oii sabar la, orang tau le ayam tu nampak sedap, nak makan pun tunggu le sat gi, kita tengah masuk dalam gambar ni...Tengok macam Daud ni, nak makan tapi cubit daging ayam tu sikit-sikit, baru orang tak perasan.." Kata Daud kepada Adik yang tak dapat menagwal nafsunya...



Ini Furqan...Aik, cantik punya lindung mulut, ni pun makan gak ker....Hehehehe



Allah Hu Akbar.....Abah menyembelih ayam sambil dipegang Daud..( ni gambar zoom in )



Cuba ambik gambar zoom out plak,....hei ngabih boreh tol, menyesal suruh zoom out...Imah mengajar anak-anak saudaranya Ayman dan Luqman macaman nak interframe




Kalu nak tau macamana perasaan ayam tu masa kena sembelih tu, tengok le muka anak-anak saudaraku ini...






Punye ler posing sampai tertutup mata la...Eh Daud posing untuk saper tu..?? " Hensemnye aku, lebih hensem dari ayam ni..." Kata Daud..



" Mana hampa letak batu pengasah tak tau.." kata abah sambil Ayman didenda berdiri sebelah kaki kerana tidak dapat mencari batu pengasah tapi hanya menjumpai batu ladung...






Ni dua orang ni tidur untuk mengambil tenaga untuk menangkap ayam. Patut la adik tutup idung, hehap haha hau hehihak hahammm( sebab ada bau ketiak masam )......




Kuak lentang berirama yang dipersembahkan Daud dan Adik....Lalalalalala..( muzik latar )



Lagi gaya hehihak hahammm.....



Pinny ngan Imah tu buat-buat menjahit tu hanya untuk bergambar...






Ooo..ni bukan menjahit, ingatkan menjahit manik, rupanya bubuh dawai dalam langsing..Daud sampai terlentok-lentok la. Sapa pulak punya kaki tu..??



Laa... tadi tidoq kat dalam, ni dah berubah posisi di depan pulak.. Haiii....Sah anak Haji Amir..



Ewah..ewah...posing lagi, langsir bila nak siap daaa...main aci nyorok pulak Daud tu...Ngan sapa tu??



Setelah kena marah oleh kakak-kakaknya, akhirnya Adik yang menyamarkan dirinya dengan menutup muka terpaksa juga membuat kerja..



"Tarik...tarik..." kata Daud..



Ni kena iron pulak ni baru tak berkedut-kedut....



" Banyak-banyak orang, aku gak yang kena iron, sapa-sapa yang belas kasihan bulehlah letak duit syiling dalam tupperware putih tu...Ishh...Ish....Iron sampai senak perut dibuatnya"..kata Pinny..



"Kalu ye pun nak gantung langsir tu, tukar le dulu tuala tu pakai seluar Daud oii. Nanti londeh, tak lalu pulak nak berbuka puasa nanti "...kata Adik..




Ni pulak sebelah malam, Abah mengisi pulut dalam sarung daun palas tuk dibuat ketupat sambil diperhatikan oleh Izzat dan Aina...( Abah terpaksa buat ketupat secara solo setelah rakan duetnya beraya di rumah mertua tahun ini )



"Ni sedap tau, Umai ayam kampung. Bila makan buleh tertutup mata macam ni kerana terlalu sedappp....Hmmmm..."kata Pinny..




K.Long yang sedang membasuh ayam tapi sempat lagi berposing ala-ala Maizawati...hehe




Ini ialah acara merasa kueh raya beserta memotong bawang sambil bergossip liar....




" Heee....Hampa tak tau gossip ni...best tau.." kata imah sambil diiyakan oleh Farha dan K.Ros..



Ini kelapa.....

Ini orang mesin kelapa dengan orang yang hendak beli kelapa yang telah di mesin....hehehe ( ok tak dia punya description )





"Ingat-ingat, jangan sampai berdarah tangan ketika memesin kelapa..." kata K.Ros..


Ni pulak acara potong kacang panjang yang mana para pesertanya di wajibkan memandang tong sampah. Yang disertai oleh Pinny dan Tasneem ( kalu tak silap..)

Para peserta masih mengikut peraturan, memandang tong sampah..


Ni pulak acara tawar menawar harga kueh raya.....sesiapa yang sengih paling lebar dapat diskaun....


Berbalik ke luar semula, Daud mempraktikkan macamana hendak mengecop sawit..
Ni macam mendayung sampan pulak dah....


Tengah cabut bulu ayam kot ni. Di belakang aksi ganas Daud, cuba mengecop kepala Ayman...


Ye la, tengah cabut bulu ayam secara berjemaah...



Banyak lagi tu yang belum di cabut..


Tekun...Anak dan bapak.....



Dah tau dah...Along tu bukan buat kerja....bergelak ketawa lagi...


Geram aku tengok mamat Along @ Luqman ni....buleh dia tengok saja...

Pastu buat muka pelik-pelik pulak...


Tu dia Daud bersiang ayamm...


Bersungguh-sungguh....



Ni kenapa pulak ni, curi tulang nampak...


Ni bukan curi tulang dah ni, siap curi isi sekali ni...


Asah jangan tak asah...Kasi tajam
Ijal sedang bersiang ayam...Zoom in

Zoom out......Ijal yang sedang bersiang ayam, manakala Furqan pula sedang membaca mentera supaya perut tidak terasa laparrrr....brbrbrbrbrbrbrzzzzzzzzzzz............


Ayam yang telah disembelih...kalu kesian nanti tak payah makan...


Lagi adegan mengasah pisau, dari Adik......


Anak sapa la ni rajin betoii...Betuah la sapa yang buat menantuuuuu.....


Abah........


Daud......

Abah dan Daud...Kat belakang tu diorang tengah cari duit sekupang yang hilang...



Lagi sembelihan.... buleh dia senyum jer Daud ni, tengok ayam kena sembelih.


This is very nice view....Congrats to Mr. Photographer...Ayman???


Sebelum sembelih...


Yang di sembelih...


Tengok, putus tak urat tu..... Siap ada bukti lagi tu...


Lagi sembelih....


Lagi-lagi sembelih...
"Mana ayam ni menyorok ni.." kata Daud...Sesiapa yang nampak ayam dalam gambar di bawah sila laporkan ke kaunter pertanyaan yang berdekatannn....
Ha kepung, kepung.......
"Dia lari kat sana tu.." Jerit Daud, sambil Adik pun pantas berlari mengejar ayam tu...." "Hinsf...Insf...." bunyi nafas Adikk...
"Akhirnya dapat gak aku tangkap ayam ni, kalu tidak malu jer aku kepada ketua kampung, Tok Penghulu dan Datuk Bandar Ipoh.." Kata Adik..

Cehhh...Jalan mendabik dada tu, ala-ala sombong gitu sebab berjaya menangkap ayam ( bukan senang adik nak dapat tangkap ayam tu...)muka serius tahap Ultraman Tiga..
Ni macam mamat vietnam jer...yang baru dapat PEGANG ayam saja, bukan tangkap....Furqan..
Ni empat ekor yang bakal disembelihh...jangan marah haaa...( muka kepenatan yang teramat sangat setelah berlari menangkap ayam tapi yang dapat ekor ayam saja... )


Berbalik di dalam rumah, masih tekun mengerjakan langsir sambil bergossip liar...


Ijal dan Farha...


Imah dan Pinny..." Eeeee yer ker.." kata Pinny setelah mendengar gossip terkini...


Abah dan K.Long hanya jadi pemerhati...Sila perhatikan kaki K.Long, nampaknya ada sesuatu yang sedang dibebalkan... Lagi satu ciri-ciri anak haji Amir.....( mengkerekot-mengkerekot kaki ketika bebal atau marah...tak caya tanya K.Lili...hehehehe)


" Aku bukan tau pun pasal langsir-langsir ni...." kata Ijal, tapi oleh kerana ingin meng'joint'kan diri mendengar gossip, layan aje lah....



Lagi langsir....ketandusan idea gue dibuatnya....



Nampaknya Imah seperti sedang mengadili siapa yang paling kreatif sekali....



Ini Izzat...Rock you...YEAAAAHhhh...di malam raya...


Ni gambar Maizawati yang tak pakai mekap.....( sila maklumkan owner kiranya anda menginginkan gambar ini di ubah, sekiranya ok, abaikan saja pesanan ini...heheheh )

** Pemberitahuan, kemaafan dipinta sekiranya ada diantara komen-komen yang menyinggung perasaan....Dan ada diantara gambar yang tidak di masukkan kerana terdeleted dan rasa maleh nak upload balik.. Lagi satu gambar yang disusun tidak mengikut turutan atau kronologi dan yang terakhir kerana lambat mengupdatekan blog ni. Siri-siri gambar Hari Raya yang lain akan menyusul kemudian. Di harap dapat bersabarr....







9 ulasan:

p.i.n.n.y berkata...

best..best...terasa kemeriahan nk raya ari2..kalau blh nk ulang blk raye thn ni...

Dalilah.Ghaffa berkata...

wakaka..
bile plak maizawati jdk ank haji amir?!!

imah berkata...

first skali syabas kpd abe li diatas kesabaran dan kesungguhan serta titik peluh yang mengalir untk menyiapkn post ni..imah phm ssh sggh nk letak komen di setiap gmbr kerana gmbr terlalu kreatif dan ssh nk diungkap dgn kata2..wah2..kreatif sggh ank2 cucu2 haji amir ni..imah bangga sebb ada gmbr imh..hehehe..walaupn ada sesetengah gmbr 2 tgh berpura2 buat keja untuk merealkn lagi gmbr 2..walaupn time ni penat sbb posa tp semua org buat keja dgn bersungguh-sungguh termasuk la abah..meriah tgk gmbr2 ni..semua org bergotong-royong buat keja..bestnye time ni..

Amir daud berkata...

mmg best la abg lee..dgn gmbar jeh,dpt jln crta yg mnrik..mekaseh..sbb byk gak gmbo daod..huhuhuhu..taun ni taun bmkne..sbb daod byk habiskn msa kt umh..kurang bjalan..smpai sekarang merindui mkanan yg hampa smua msak msa raya..mmg best..xkn jmpak kt mna2 kdai..

p.i.n.n.y berkata...

kak pini tau daud nk ckp lontong yg k pni msk masa raya ari2 sedap..hehe...
apa2 pun nk ucap tahniah kt abeli sbb dh brsusah payah mengkreatifkan diri letak komen kt semua gmbr2 tu...mmg besstt..smbil baca smbil tgk gmbr sambil gelak sorg2...

Fadzli Amir berkata...

Mana Maizawati tak bagi komen lagi ni....Tertunggu-tunggu gak....K.Ros tak yah tunggu la, tak tau bila dia nak komen...K.Linda masih lagi sibuk ngan Rumah Trebuka ( tak abis2 lagi ). K.Lili sibuk bagi tidoq anak dia sampai dia pon tertidur...Adik, hampeh langsung tak bagi komen....Ijal sibuk ngan anak-anak murid dia, mentang2 la cikgu yg berdedikasi...

imah berkata...

adik dia ckp dia lupa password..so xbleh nk bg komen..abe li..imah tau bday erfan..3 ari sblm bday imah..17/8/2005..hehehe..sbb 2 imh igt..

kpini:gelak xpa jgn sengih..hehehe

rya taun ni imh xmsk apa2 pun..keja imh susun kueh ja..@pun msk nasik..

Fadzli Amir berkata...

Aik...kata tak makan nasik....makan lauk kot Imahh...

:: eyeNa :: berkata...

bestnyeee rindu lak nak balik kampung.. huhuhuuu

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails