Member Kamcing Anak Haji Amir

Selasa, 20 Oktober 2009

Pergi Berhari Raya ( Beraya )

Masih lagi dengan entry sambutan hari raya, mana taknya raya kan ke sebulan ( yang dah pun berakhir semalam-20 okt )hehehehe...Bagaimana keluarga Haji Amir menghabiskan masa bersama pergi menziarahi sanak saudara di hari raya...
Dalilah kesejukan di atas kereta semasa nak pergi beraya....
( sejuknyeee...nasib baik aku tak mandi..)
Tasneem mengenyit mata.....sambil tersenyum senget.
Abah, Daud, Pinny dan Imah...Naik Kancil Abah la..
Along, Pinny, Imah dan kat belakang Angah dan Safwan ( ni dalam kereta k.lili )

Rumah Opah( Padang Serai )

Ni rumah yang paling dekat sekali dengan rumah abah..Semua mengaminkan doa..
Daud dan adik sedang memilih kuih raya..
K.Long dan keluarga.." Eh ye ke..?" apa lagi, gossip le..
Daud dan Adik yang bersiap-sedia untuk membuat penerajang sekiranya ada sesiapa yang hendak meminta duit raya. Manakala Furqan dan Abang Lang control macho selepas mengetahui ada orang sedang mengambil gambar...
Rumah Mak Lang ( Batu Hampar )
Kami tak pergi pun, tapi gambar ini di ambil oleh anak K.Ros...


Rumah Tok Cik Doyah ( Batu Hampar )
Kelihatan Abah, Opah, bersembang dengan Tok Cik Doyah..
Walau tak sekuat mana Tok Cik Doyah masih boleh ingat dan nampak lagi ( dah berusia 102 tahun )- ingat lagi waktu aku ke sekolah naik basikal, dia pernah memarahi aku...


Rumah Kak Munah/Abang Usop ( Beruas )

Ni diantara rumah feveret pada hari raya, dengan hidangan nasi himpit beserta masak lemak perut..





Izzat cuba mengejek ikan puyu...


Rumah Abang Nan/Kak Non.( Kamunting, Taiping )





Kak Lili yang sedang marahkan tak tau siapa...
Along mendukung Imran..
Imah..
Abah tersenyum masamm...Jejaka manakah ini ...Abang Lang..

K.Ros dan Abg Lang

Tu dia Maizawati.....Berebut-rebut....


Rumah Cikgu Samsudin( kawan abah )
Yang dah tak berjumpa selama 56 tahun
( kali terakhir berjumpa semasa abah dalam darjah enam )
Diorang bersembang rancak, mengimbau kenangan lalu...
Aku tengok Cikgu Samsudin ni romantik, cara dia cakap dengan bini dia, bini dia bertepuk tampar..
Satu pesanan dia, " Nak pesan kat anak-anak" sambil memandang ke wajah aku. " Jangan bagi abah tinggal sorang-sorang.." Aku tersengih je la... Dia sambung dengan muka serius.." Sungguh ni, bukan main-main.." sambil dia menceritakan macamana isterinya yang masuk hospital...
Dia menambah lagi.." Anak-anak semua jauh-jauh, kalau apa-apa jadi kat abah macamana.? Kalau diorang balik pun paling lama 1 minggu, lepas tu kena balik bekerja semula.." Kami semua terdiam..Tapi abah menyampuk " Saya ni dah tak rasa teringin nak kawin la cikgu.." memadamkan rasa tak selesa di hati aku...hehehehe..
Apa pun memang betul apa yang Cikgu Samsudin katakan tu...Kalau ada apa-apa cadangan aku akan terus bersetuju je tentang isu tu..

Dua orng sahabat, yang mana kata Cikgu Sansudin, wajah abah tak berubah, maknanya masih ada ciri-ciri masa darjah enam dulu. Manakala kata abah, Cikgu Samsudin berubah terus wajahnya, kalau jumpa di luar pasti tak kenal..


Rumah Mak Teh ( arwah Pak teh Mat Noor )- Taman Kaya, Taiping

Dukacita dimaklumkan, tiada langsung gambar Mak Teh dan ahli keluarganya, kerana semua orang lebih menumpukan pada makanan( hari tu mak teh buat rumah terbuka ). Kami semua datang bak singa yang lapar terus menerkam mangsanya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling, orang lain aku tak tau, tapi aku la tambah 4 kali laksa johor yang mak teh buat( sebab lapar sangat tak makan apa dari pagi, hanya kuih raya dan nasi impit Abg Nan je)
Apa-apa pun terima kasih Mak Teh dan Keluarga.....

Ni dah nak balik dah dari rumah mak teh, setelah perut membusung kekenyangan..

8 ulasan:

p.i.n.n.y berkata...

mmg best dpt jln2 raye thn ni..hrp2 thn dpn pn cmni jgk..time kasih to abeli sbb dh bersusah payah mengasingkan gmbr2 raya thn ni ikut kategori masing2..nnt raye aji bt lg ye.hehe

kak long berkata...

Tima kasih Li, sebab paparan yang sungguh menyentuh perasaan, especially bab conversation cikgu samsuddin ngan abah tu. sebelum ni kami geng2 perempuan tak de idea langsung pasal hal tu, pasal we were not there, kan. awat Li tak suggest kat cikgu samsuddin tu suruh cari calon2 yang sesuai untuk abah...

imah berkata...

inilah perjalanan raya taun ni..salute kt abg li krn telah mengerjakan semua gmbr2 raya taun ni..pengalaman yang xdpt dilupakan berjumpa ng tok doyah...hahaha..satu lagi berjumpa ngn maizawati...kuikuikui...

p.i.n.n.y berkata...

pini call abah ptg td..abah bgtau abg dolah call dia.pas2 abg dolah tya kalau abah nk carik kawan..dia blh tlg carikan..pini dh bgtau abah pini ok je..lgpn dah lama x rasa cmna ada mak..

kak long berkata...

kak long pun dah bagi tau abah yang k.long approve aje cadangan abg dolah tu. moga2 hati abah terbuka kali ni....

Fadzli Amir berkata...

Abeli Ok jer..nanti buat satu entry pasal tajuk ni, pastu buleh vote

imah berkata...

imah pun ok je..imah pun nk rsa cmne prassan ada mak..sebelum ni bkn x rsa tp sekejap sgt..pasni ada la org masak nasik..xyah imah msk nasik dah..hehehe..

Dalilah.Ghaffa berkata...

waa... nnt dpt n***k bru..

*bile mse pulak kite x mndi,ek??

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails