Member Kamcing Anak Haji Amir

Isnin, 19 Oktober 2009

Menziarahi Pusara Bonda...

Di antara aktiviti yang memang wajib kami sekeluarga ( atau kadang-kadang yang lelaki saja )buat pada pagi Hari Raya, ialah menziarahi pusara orang yang kami sayang, yang terlebih dahulu meninggalkan kami.

Pada hari raya tahun ini semua anak menantu dan cucu Haji Amir ( kecuali keluarga K.Lili, K.Linda dan keluarga Empunya blog, yang beraya diperantauan )telah melapangkan masa untuk sekali lagi menziarahi kawasan Pusara.

Saksikanlah kebeningan dan ketenangan pada setiap gambar setenang tanah perkuburan itu sendiri.... ( tak pernah aku lihat kawasan perkuburan yang setenang, sedamai dan secantik ni di tempat lain, inilah tanah perkuburan Kg Padang Serai )


Hj. Amir sedang membaca ayat-ayat suci dan doa di pusara ayahandanya Allahyarham Haji Taib...

Semua beramai-ramai berhimpun di tepi pusara Bonda yang kami cintai
Allahyarhamah Hatijah Bt Ariffin
Selainnya, tiada ungkapan atau ayat yang dapat menterjemahkan keping-keping gambar ini...


Hanya doa....yang mampu di beri

Semua pulang...Meninggalkan pusara terus sepi dan sunyi......Tunggu, kami pun akan kembali kepada mu....



****Terima kasih pada semua yang menyumbangkan gambar tuk Hari Raya Tahun ini. Ayman, K.Ros, Pinny dan Imah...

6 ulasan:

p.i.n.n.y berkata...

Lagu ni mengingatkan pini pd arwah mak..

Lagu “Ke Makam Bonda”
Artis “Unic”

Kami Mengunjungi Pusara Bonda
Sunyi Pagi Disinari Suria
Wangi Berseri Puspa Kemboja
Menyambut Kami Mewakili Bonda

Tegak Kami Di Makam Sepi
Lalang-lalang Tinggi Berdiri
Dua Nisan Terkapar Mati
Hanya Papan Dimakan Bumi

Dalam Kenangan Kami Melihat
Mesra Kasih Bonda Menatap
Sedang Lena Di Dalam Rahap
Dua Tangan Kaku Berdakap

Bibir Bonda Bersih Lesu
Pernah Dulu Mengucupi Dahiku
Kini ku Rasakan Kasihnya Lagi
Meski Jauh Dibatasi Bumi

Nisan Batu Kami Tegakkan
Tiada Lagi Lalang Memanjang
Ada Doa Kami Pohonkan
Air Mawar Kami Siramkan

Senyum Kemboja Menghantar Kami
Meninggalkan Makam Sepi Sendiri
Damailah Bonda Dalam Pengabdian
Insan Kerdil Menghadap Tuhan

Begitu Bakti Kami Berikan
Tiada Sama Bonda Melahirkan
Kasih Bonda Tiada Sempadan
Kemuncak Murni Kemuliaan Insan


Alfatihah untuk arwah mak...semoga mak bahagia & di tempatkan bersama org yg solehah..aminn...

imah berkata...

Assalamualaikum..pertama skali alfatihah utk arwah mak...aminn...

xtau nk ckp apa..sedih...semoga arwah mak ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin...

teringat masa time pagi raya ni..kita semua p kubur mak..bkn senang nk p..kekadang lmbt siap..alhamdulillah taun ni sempat gak..abah adala bgtau kubur arwah tok pompuan ngn tok lelaki..nti raya aji kta p lagi k..

CT berkata...

FA

Akak suka tgk blog awk...ikatan kekeluargaan tu nmpk kuat...best kan? Pegi kubur sama, pegi braya sama...kalaulah akak jadi keluarga awk bestnya...hehehe...dh tlepas ketaapi la...ehehhee...:)

Fadzli Amir berkata...

Thanks Pinny...Sedey..

Imah, InsyaAllah raya aji nanti kita jumpak lagi

Kak CT- Thaks bagi komen. Buleh pe, tanamkan sifat kasihkan keluarga kat anak2 pulak...

kak long berkata...

Sayu hati tengok gambar2 kat kubur tu. tahun ni kak long tak sempat nak ziarah pusara mak sebab ada sikit masaalah teknikal. tapi a/long sentiasa ziarah pusara mak, tiap2 kali kami balik kampung (walaupun bukan hariraya) dan k/long kirim doa tu melalui a/long. untuk pengetahuan semua a/long sangat sayang kat arwah mak, dia kata walaupun sekejap aje dapat rasa kasih sayang mak mertua tapi kehadiran mak amat bermakna dalam hidupnya. kita kan sedia maklum arwah mak memang seorang yang penyayang dan mudah mesra dengan sesiapa saja. pasal tu lah a/long rasa mak kita macam mak dia jugak...

Unknown berkata...

pasir tanah kubur putih, mcm pasir pantai.

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails