Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 3 September 2009

Bersahur 2

**Sebelum kita ketajuk utama, disini diselitkan sekeping gambar yang diMMSkan oleh Daud semasa dalam perjalanan ke bazar ramadhan di Beruas bersama Abah pada 1 Sept 2009 ( anak-anak yang lain telah pun balik masa ni )
Daud yang membuat muka ala-ala manja di sebelah Abah.

Post ini adalah kesinambungan daripada post yang yang lepas, dimana berkisar tentang keaaaan aktiviti bersahur di kampung setelah selesai aktiviti berbuka puasa pada sebelah petang dan bersembahyang teraweh pada sebelah malamnya.
Seperti biasa awal-awal pagi abah dah mengarahkan semua anak, menantu dan cucu-cucu untuk bangun seawal 4.30pagi. Tapi orang perempuan bangun lebih awal untuk menyediakan juadah untuk bersahur.
Seperti biasa pelbagai ragam gambar yang dapat dirakamkan semasa bersahur ini. Diantaranya ialah menunggu giliran untuk memasuki bilik air, wajah-wajah yang tak bermaya dan mengantuk, dan tak lupa juga anak-anak yang menyibukkan diri bangun awal walaupun mereka tidak berpuasa.

Untuk lebih menyelami keadaan sebenar, mari kita saksikan beberapa aksi yang berjaya dirakamkan....( Untuk perhatian, ada sedikit kesilapan teknikal pada kamera yang membuatkan tarikh yang tertera pada gambar bukanlah tarikh yang sebenar-Tarikh yang sebenar ialah 30hb Ogos 2009 )

Bersahur

Kelihatan Imah yang bertinggung di tepi air teh. Di belakang Abang Ngah yang cuba menidurkan Ihsan, tapi malangnya dia yang tertidur ( kepala terlentuk )

Along yang tertidur semasa menunggu untuk makan sahur kerana terlalu mengantuk kerana tengok bola malam tadi.

Aina dan Achik yang bersiap-sedia untuk makan. Naufal pun bangun menyibukkan diri( tuk pengetahuan Naufal bangun semasa sahur dan tak tidur sehingga malam )

Diantara juadah bersahur, Lauk berbuka puasa.

Abah yang first sekali bersiap sedia di hadapan juadah, sambil memanggil semua anak cucu supaya cepat..
Semua bersiap sedia untuk makan sahur.

Semua dah nak makan

K.Lili mengaminkan doa ( dia marah lagi la post gambar ni )

Makan...Makan.....


Ni tak tau tangan dok tadah apa...tak paham..

Ni kalu tak tau ni Kak.Ros yang cuba menyembunyikan identitinya setelah terperasan ada orang ambil gambar( tunggu giliran nak masuk bilik air )

Abang Lang dan Angah pun tunggu giliran jugak...

Orang dah pun makan...

Lagi, makan...

Makannnn......

Ni ahli kelab mana pulak ni....( kelab pendidikan jasmani kot )

Dua orang yang tak berpuasa yang menggagahkan diri untuk bangun bagi mendapatkan keberkatan waktu bersahur...

Angah yang sedang mengikis kuah masak ramas daging..Kikih jangan tak kikih...

Muka macam tak lalu makaaann je....

Aina yang lemah gemalai mengepal nasik...

Ni orang lain makan kat bawah, dia sorang makan atas kerusi...

Kenapa Abang Lang, macam rupa orang tercekik je...Ambik air....ambik air...

Ni la orang yang termuda sekali yang bangun sahur pagi tu...Ihsan.

Ijal menunjukkan aksi bagaimana hendak mengeluarkan taik idung tanpa memasukkan jari kerana telah masuk waktu imsak..

Tiba-tiba pulak orang yang tak puasa nak makan sahur....Irfan..

Irfan menunjukkan cara makan nasik yang membolehkan nasik yang dimakan tidak bertukar menjadi lemak, iaitu dengan merapatkan serapat yang boleh muka ke pinggan dan perut ke paha...

Abah yang sudah makan berehat di atas kerusi sementara menantikan waktu sembahyang subuh..
Along yang tidur balik sambil layan MP3..

Adik yang macam biasa mengeseh (mengeluarkan hingus), resdung...

Abang Lang pun sambung tidur sambil duduk manakala Ijal pulak baca paper semalam..

Acara tidur kuak sisi oleh Angah..zzzzz..

Yang ni pula gambar yang berjaya dirakamkan oleh Safwan pada malam yang berikutnya( Kak Ros dah balik rumah Mak Lang ). Di masjid padang serai, moreh. Malam tu makan laksa bersama air teh dan kopi-O.
Gambar sengaja tak di clearkan untuk merahsiakan identiti orang yang makan laksa ( sebab nanti berbau hanyir ikan )


Gambar laksa pun sengaja di blurkan supaya orang ramai tidak boleh meniru resepi laksa tersebut...

Bahan bukti, air kopi-O yang telah habis diminum bersama jagnya sekali

Ustaz Aa...Glamer tu...


Pak Lah yang menyediakan moreh...

Pak Cik Jali...Masuk blog tu...
Ni pulak gambar keesokan harinya 31hb Ogos 2009, hari merdeka yang mana seluruh rakyat "Satu Malaysia" dihadiahkan dengan kenaikan harga minyak oleh PM kesayangan 1 malaysia.
Hari ni semua orang akan balik setelah berada dikampung. Gambar yang sempat dirakam hanyalah semasa Ijal nak balik sebelum kamera kehabisan bateri..
Ijal dan Adik mengemas-ngemas barang di dalam bonet kereta.

Nabil dan Irfan pun menyibuk sama..

Bersungguh-sungguh menyiapkan assignment....Guna jurus 2 jari jer...

Vroomm....Vroomm..Apasal tak jalan pun....rosak kot...

Oooo kene pakai spek itam baru leh jalan....

Bergambar dulu sebelum balik..

Tak gerak pun dari tadi??

Gagah nak try gakk.....

Semua yang melihat merenung marah sambil mencekak pinggang tak puas hati...

Alahaiii sapa plak punya cap jari kat kereta aku ni...baru semalam polishh...

Ok...Gerak dulu....

Maju ke depan.....

Peace.... Dengan beg-beg kaler pink...

Selamat jalannnn.....

10 ulasan:

imah berkata...

gmbr2 ni membuatkn imah tergelak...kahkahkah...hahaha...ni post yg paling best didonia...imah bg 7 bintang dr 5(???)...gmbr yg paling best ialah gmbr daud dgn mka yg agak2 comel sebelah abh..kl imah buat gaya cm 2 mesti dh kna marah tp daud yg buat,abah senyum je kt sebelah..hehehe...yg x tahan gmbr msa time sahur...semua mka selebet je..

Fadzli Amir berkata...

Takde org lain komen pun lagi...Diorg sibuk pi bazaar ramadhan kot, tak pon sibuk jahit labuci bunga & pokok kat baju raya kot....

p.i.n.n.y berkata...

lawak btoi tgk muka sorg2 masa sahur..yg besnya smua bgn smpai ehsan pn bgn la...x sbr nk blk kg bla tgk muka sorg2...

fazlinda berkata...

betl betul betul.... ni la blog yg terbest di donia....

Szafwan berkata...

Salam..
sambil baca blog & tgk gambar lyn lagu raya kat sebelah, terus teringat suasana raya kat kg.
Agaknya apalah abh buat sekarang ni..mesti tgh lena.
Dalam dok kita seronok lyn blog ni jgn lupa sedekahkan al fatihah utk arwah mak dan saudara kita yg telah tiada.
Utk kak long, pinny dan daud nampak gayanye kita tak dpt berbuka dan bersahur bersama2 kali ni , inshaallah thn dpn kalau pjg umur kita jmp di bln ramadhan.

Szafwan berkata...

Sori..satu lagi untuk Linda jugak, kita tak dpt berbuka dan bersahur bersama2 thn ni.

Dalilah.Ghaffa berkata...

cute r pak tam!!! wakakakakakakakakakakakakaka!!!!!

Fadzli Amir berkata...

Dalilah, Pak Tam memang cute. Takkan tak tau kottt...Tambah2 skrang ni....bak kata rang tua2, darah manissss...

Fadzli Amir berkata...

Baru tadi kena saman ngan Polis, lesen mati 8-8-09. ( dah sebulan lesen mati )Terlupa. Maknanya masa balik kampung ari tu bawak kereta tanpa lesen lar.....Nak wat cam ner, dah lupa......duit raya la bagi kat polis tu tuk bayo saman....Heiii

azwaazliza berkata...

yg pling best ade muka abg a ngn abah denn....glamor kot masuk blog anak pak cik amir ni...hik5...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails