Member Kamcing Anak Haji Amir

Rabu, 9 September 2009

Hantar Adik

Salam......Ramadhan hanya tinggal lebih kurang dua minggu. Bahang kedatangan Syawal kian terasa. Di masjid-masjid, amil sudah mula menerima zakat fitrah.

Di sini ada beberapa keping gambar yang telah diMMSkan oleh Daud. Menurut Daud gambar ini diambil pada Hari Isnin yang lalu( 7-9-09 ) semasa menghantar Adik ke stesen bas untuk pulang ke Pulau Pinang. Adik pergi ke KL pada hari jumaat lepas untuk berbuka puasa di rumah Ijal dan K.Linda. Imah dan Daud pun turut serta. Namun begitu tidak pula disertakan gambar suasana berbuka puasa.
K. Linda macam biasa tersengih kerana memandu kereta baru, Daud mencuba untuk buat muka ala-ala manja tapi tak jadi, Imah dan Adik dan Fildza pula cuba menempelkan diri untuk masuk dalam gambar manakala Basyirah pula tak nampak sebab pendek sangat.
Hey....ni nak bawak kereta ker nak bargambar, nanti kena saman baru tau ( sebab sekarang ni Polis bersungguh-sungguh buat roadblock maklumlah dah dekat nak raya-nak cari duit raya )
Basyirah kelihatan tak larat sebab puasa....

Imran dalam gambar ni nampak kaki jer, mungkin sebab kamera tu kecik sangat, yang muat kaki jer.... Adik tidak dapat menunjukkan badannyer yang tough sebab badan Fildza dan Basyirah yang menghalangnya...
Walaupun agak tak berapa clear, tapi jelas nampak kaki Imran....Kesian Imran, muka tak nampak....Tak dapat dipastikan samada Imran tidur atau ada konspirasi yang tak bagi dia nampak muka...



1 ulasan:

imah berkata...

hehehe..untuk pengetahuan semua,imran telah tertidur diatas ribaan imah...imran penat sbb kami tersesat jalan..nk p kot jalan dekat..tp jln 2 x jumpa..sebab 2 la hanya nmpk kaki die je...dan imah plak hanya memakai seluar trek je...hehehe..cover baik punyeeeee...gmbr berbuka x sempat nk tangkap sebab terlupa dan sibuk sangat nk mkn...lapaq....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails