Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 19 Julai 2012

Alahai Bendera Negeri Ku

Semalam masa balik ke pejabat dari 'site', aku terperasan sesuatu yang tak betul masa berhenti kat lampu trafik. Aku nampak deretan bendera negeri-negeri di Malaysia di bangunan Komtar tu. Kalau korang orang Perak macam aku mungkin akan perasan, kalau tak mungkin rasa dah betul dah. Cuba tengok betul-betul....

Lampu trafik kat simpang enam, berhadapan dengan Komtar..Nampak tak...

Zoom sikit....amacam...

Zoom lagi....nampak tak ( walaupun tak berapa jelas )

Bendera negeri ku digantung terbalik..!!!!

***Tak tahu kat sapa aku nak lapor.....

Rabu, 18 Julai 2012

Seorang Lagi?


***sekali lupa pulak dah apa nama seorang lagi tu.....hehehehe

Selasa, 17 Julai 2012

Uqaiel dan Pembonceng, sepupunya Iman

Gambar lama, sewaktu Ijal datang ke rumah. Sempat lagi Iman membonceng di belakang Uqaiel. Menunggang dengan cermat dan berhati-hati..!!


***Buat Adik yang berulang alik ke tempat praktikal..!!!

Jumaat, 13 Julai 2012

Ke Sekolah Naufal dan Nabil ( S.K.Mutiara Perdana )

Semalam, ambik cuti sebab nak kena pergi ke sekolah Naufal dan Nabil untuk menandatangani keputusan peperiksaan yang baru lepas. Disamping bertanyakan prestasi pelajaran diorang.

Masa sampai ke kelas Naufal pukul 11 lebih, dia nampak seronok sebab boleh balik terus lepas tu. Bila jumpa cikgu kelas dia, Cikgu tunjukkan keputusan peperiksaan, banyak gak subjek. Semuanya B, kecuali Pendidikan Islam dan Sains dapat A manakala Matematik dapat C..Dia ni kena lebihkan lagi latihan matematik ni. Lupa pulak nak tanya kedudukan dia dalam kelas. Periksa kali ni tak menyebabkan dia turun atau naik kelas, tunggu akhir tahun baru ada. Cikgu dia tak cakap banyak sebab hanya mengajar dia matapelajaran Sains saja.

Lepas tu pergi pulak kelas Pra sekolah Nabil. Diorang tengah tengok cerita kartun kat TV. Bila sampai turn kami, Cikgu dia tunjukkan keputusan dia pulak, semua ditahap 3, cuma satu je tahap 2 iaitu bahasa inggeris ( semuanya sampai tahap 6, oleh kerana baru setengah tahun, jadi cikgu kira tahap yang ke tiga saja ) Nabil dapat komen positif dari cikgu, yang katanya Nabil pandai ambil hati semua orang dan semua orang suka nak kawan dengan dia. Dia jugak dapat menguasai semua pelajaran. Cuma kata cikgu dia yang tak tahan tu, dia terlalu banyak bercakap sampai cikgu tak larat nak dengar. Sampai cikgu dia tanya, cuti sekolah yang lepas ada bawak diorang melawat Zoo ke.. Sebab kata dia, dah lebih 2 minggu ( selepas cuti ) Nabil tak habis-habis lagi cerita pasal dia pergi zoo.

Akhir sekali kata cikgu tu yang diorang berdua ada potensi untuk berjaya masa darjah enam nanti ( katanya ada ustazah yang mengajar Naufal pun kata Naufal ok )

Nabil dan Naufal di depan sekolah...

Makan kat kantin..


*** Anak-anak abah belajar la pandai-pandai...dan jadi anak yang soleh..!
( gambar ni masa hari pertama bersekolah )

Khamis, 21 Jun 2012

Sukaneka II, Keluarga Haji Amir

Assalamualaikum semua.....
Kepada seluruh ahli keluarga Haji Amir dan semua pengunjung dan sahabat, maaf dipinta kerana membiarkan blog ni sepi tanpa sebarang cerita setelah sekian lamanya. Dua bulan lebih tak menjenguk ke sini dan tak menjenguk blog kawan-kawan. 

Kali ni aku kembali semula dengan cerita kemeriahan dan ke'happening'an keluarga aku. Pada cuti ekolah yang lepas, kami telah membuat acara sukaneka yang kedua kalinya ( yang pertama pada tahun lepas,link, link, link ). Kami sekeluarga berkumpul ( kecuali Imah yang tak dapat cuti dan Ijal yang sampai agak lewat ) 
Acara kali ini berlangsung selepas semua orang-orang lelaki balik dari sembahyang asar di masjid. Setelah semua berkumpul, ucapan aluan pembuka tirai oleh Kak Long sambil dirasmikan oleh Haji Amir, maka sukaneka II pun dimulakan oleh pihak penganjur ( Kak Linda, Kak Ros dan Pinny ) Diantara acara yang dipertandingkan ialah, mengisi air dalam botol ( kanak-kanak dan remaja ), meniup belon ( bujang ), menyuap makanan ( suami-isteri ) baling belon air ( suami-isteri ), music chair ( bujang ).

Jom layan...

Hadiah yang disediakan..lumayannn...!!

Hadiah dibungkus pada malam sebelumnya...

Kak Long memulakan upacara dengan ucapan pembukaan...


Ni persediaan nak buat pertandingan menyuap makanan...

Uqaiel dan belon....meriah dengan banyak belon..

Mak bapak memberi penerangan kepada kanak-kanak...
Uqaiel main air...

Acara dimulakan..




Acara isi air remaja...


<>
<>

Bergambar setelah selesai...Orang lelaki...


Daud dan Pinny....

Bila dah selesai, upacara pemberian hadiah pulak...

Irfan pun dapat hadiah...

Adik dengan hadiahnya...

Naufal....

Juara acara isteri menyuap suami makan sambil menutup mata...

Abah menerima cenderahati dari pihak penaja...

Bergambar dengan hadiah masing-masing..

Naufal dan Nabil bersama hadiah...

Setelah selesai semuanya, gambar kenangan diabadikan...



Uqaiel, menyuruh angsa abah balik ke reban....
***Terma kasih pada semua ahli keluarga yang menjayakan sukaneka kali ni terutama Kak Linda, Kak Ros dan Pinny. Gambar yang ada agak kurang jadi maaf dipinta...

Khamis, 19 April 2012

Sapa nak buat pengakuan?

Minggu lepas semua ahli keluarga berkumpul di kampung ( kecuali K.Long dan Pinny ) kerana kesihatan abah yang agak tak berapa baik. Sekarang ni Abah berada di rumah kak Ros, kerana kami tak tergamak untuk meninggalkan dia berseorangan di kampung. Terima kasih Kak Ros dan semua ahli keluarga......

Tapi apa yang aku nak ceritakan kat sini bukanlah pasal abah, tapi pasal motor abah.
Masa di kampung ari tu, Safwan  ada menerai motor Tok wan, dari Batu Hampar hingga ke Matang Acheh. Sakan sungguh dia..
Terperasan lak yang ada kesan tanah merah kat depan handle dan side mirror, maknanya motor ni pernah jatuh..!!...
Setelah Safwan menafikan sampai menangis2 sambil memegang seluar skinny dia sebab tuduh dia yang bagi jatuhkan motor Tok Wan tu....
Musykil sungguh dalam kepala batu ni, siapa yang bagi jatuh motor tu....
Setelah dihantar kepada CSI Miami untuk disiasat, diorang dapat kesan yang selut kat motor Tok Wan tu telahpun dibasuh dengan menggunakan air sungai!!..sungguh mengejutkan..!!!Sapa yang punya angkara..?

Jadi diorang pun cari la rumah sesiapa yang berdekatan dengan sungai untuk di siasat dengan lebih terperinci.Setelah diorang menyiasat lebih lanjut, diorang dapat rakaman daripada CCTV yang terpasang dekat tiang elektrik dekat rumah yang berdekatan sungai tu...Walaupun tak nampak siapa yang empunya angkara, tapi masih dapat dengar suara yang agak jelas. Suara tu berbunyi seperti berikut,

" Baik simpan rahsia ni, kalau tak patah tengkuk kamu "....Siapakah pelaku tersebut????..

Cepat mana-mana cucu Haji Amir yang menjadi pelaku dan ingin membuat pengakuan, cepat mengaku.....hehehehe

Gambar lama, Ijal ( yang masa ni masih bujang ) membawa anak-anak sedaranya ronda-ronda dengan motor abah..

 Bukan kata Irfan, Naufal dan Nabil je kurus time ni, Ijal punnn...

*** Tentang abah yang kurang sihat kat atas adalah cerita benar, tentang ada orang yang jatuhkan motor abah dan mengeluarkan kata-kata diatas jugak adalah benar cuma ditokok tambah bagi menyedapkan jalan cerita...hehehehe
*** Doakan semoga abah cepat sembuh....Aminnnn....

Khamis, 12 April 2012

Rumah Bergegar

Sedang aku dan anak-anak baring-baring sambil melukis sementara Cik Wife baring atas sofa, tengok TV ke tidor ntah. Aku rasa lantai rumah bergegar, first time aku rasa macam tu. Anak-anak cemas sambil tengok kiri kanan. Cik wife tegur, rumah ke goyang atau aku yang goyangkan sofa. Tapi bila dia nampak baju yang bergantung bergoyang dan kipas berdiri pun bergoyang, kelam kabut la bangun. Aku sempat lagi masuk bilik tukar kain, pakai seluar dan Cik Wife pakai tudung.

Yang lawaknya anak-anak dah keluar rumah, pastu bila nampak semua orang turun, diorang pun turun jugak. Bertuah betul budak tiga orang tu...Bila aku dan Wife dah siap, dan nak keluar rumah  ( tapi masa ni dah tak gegar dah la...) carik bebudak tiga orang tu dah takde. Bila tengok kat balkoni luar tu baru nampak diorang dengan orang ramai kat bawah. Sambil diorang jerit, " Abah turun!..." ( kata Naufal, Nabil menangis masa kat bawah, sampai ada orang tegur la ).. Sebab dah tak gegar aku malas pulak nak turun. Sambil ambil telefon, call Kak Lili, tanya diorang.. Diorang pun tengah turun tangga masa aku call....Dengar suara macam termengah-mengah. Kata dia Irfan dan Ihsan tengah tidur, cepat-cepat digerakkan.

Bila dah ok sikit aku panggil anak-anak naik....

***Pada pukul 6 lebih lagi sekali bergegar, tapi tak seteruk yang pertama...Khabarnya Abah kat kampung pun merasai gegaran, walaupun rumah atas tanah. Dia kata masa tu tengah tahiyyat akhir kat masjid, dan Pak Su Tat baca tahiyyat akhir dengan agak kuat ( macam nak menangis )...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails