Member Kamcing Anak Haji Amir

Sabtu, 7 April 2012

Minat Anak-anak

Gambar ni memang dah lama dah. Masa tengah menyelongkar khazanah komputer terjumpa pulak gambar ni. Rasanya masa ni tahun 2008, Naufal tiga tahun dan Nabil pulak dua tahun. Ni masa mula-mula diorang guna kaler air.

Memang tak nampak apa yang diorang lukis. Abstrak agaknya...hehehehe....

Saja bagi diorang pendedahan awal tentang kaler air ( water colour ). Masa ni nampak kecik je diorang. Sekarang ni badan melawan-lawan sama naik. 

Bersemangat....walaupun hanya memakai pampers...( Nabil )

 Gaya mencampur kaler...macam pro..





 Hasilnya....Naufal
 Nabil...

 Akhirnya tertidur keletihan.....
***Semoga berjaya..!!

Rabu, 4 April 2012

Aku Macam Gay ??

Hari tu masa aku keluar dari bank untuk mengeluarkan duit, aku didekati satu mamat ni. Dia senyum kat aku sambil menegur,

" Nak tanya Bang, kat Prangin Mall ni saya dengar dari kawan ada tempat jual kondom. Kat mana tu? Saya dari Sungai Petani, tu yang tak tau tu"..Tanya mamat tu.

Termangu sekejap aku. Sebab dia pun bertanya dengan baik, aku pun jawab" Errr....tak tau pulak saya."

Mungkin sebab muka aku macam curiga, dia terus menerangkan,

" Saya kerja mengurut, tu yang nak cari tu." kata dia memberi penjelasan. Mengurut pakai kondom ke..?..Tak tau pulak, selelu aku pegi mengurut mana ada.

Bila dia kata dia kerja mengurut, aku jadi berminat pulak. Dah-dah pulak dah lama tak pi mengurut ni. Sementelah pula aku ada kenal member FB yang kerja tukang urut profesional kat Sungai Petani yang bernama Zul, terus aku tanya.

" Nama cik sapa..?"
Dengan teragak-agak dia menjawab,

" Tony.." ( aku rasa macam bukan nama betul )

Mungkin dia ingat aku berminat, terus dia tanya,

" Abang ada tempat..?"

Sudah...takkan dia tanya tempat mengurut kot. Aku dah terbau sesuatu. Dengan pantas aku menjawab..

" Takde.."

Dia membalas balik.

" Kat washroom pun boleh.." dengan muka yang mengharap.

Aku dengar je dia kata macam tu, rasa seram seluruh badan terus aku celapak naik motor.Sambil start motor aku cakap,

"Takpa lah..."

Dia macam marah sikit sambil cakap,

" Tadi tanya macam nak..!"

Serammm siuutt...Tak pernah aku rasa takut macam ni....

Masa balik ambil Cik Wife, aku tanya " Abang ni nampak macam gay ke?"

Cik Wife jawab " Macam kontraktor ada la"...


*** Cik Wife hentam gelak bila aku cerita kat dia.....

Ahad, 1 April 2012

Memancing Malam

Cuti sekolah penggal pertama yang lepas, kami semua adik-beradik ( kecuali Ijal dan Kak Long ) balik ke kampung. Yang mana Adik Faiez dan Pinny memang sedang bercuti kat kampung.

Memang pada kali ni kami takdak merancang apa-apa aktiviti. Jadi boleh dikatakan aktiviti bebas la. Aku sampai ke kampung lepas asar. Lepas lepak-lepak urut badan oleh kerusi urut, aku keluar kat belakang rumah, tengok Adik potong rambut Pinny....hancurr....hehehehe...

Lepas tak tahu apa nak buat, ambil cangkul terus cari cacing dengan dibantu oleh Daud, banyak gak dapat....Ura-uranya Daud ajak pergi memancing malam tu jugak di sungai. Ok gak idea tu...
( sebab sebelum ni memang ada bercadang, tapi mendapat bantahan dari semua )...

Malam selepas bailik makan tomyam di Beruas ( yang di belanja oleh Pinny ) kami bersiap-siap walaupun mendapat tentangan, terutamanya dari Abah dan Kak Lili, dengan katanya bahaya ada ular lah ada hantu air la..Tapi kami tetap nak pergi jugak. Pukul 12 tengah malam kami keluar dengan menaiki Kancil Abah. Yang mengikut pula selain aku, Daud, Adik Faiez, Angah dan Safwan ( walaupun safwan, ummi dia tak memberi kebenaran- ok la tu Kak Lili, bapak-bapak sedara dia ni akan menjaga keselamatan anak-anak sedara depa ni, insyaAllah ) Kami masuk melalui jalan kebun kelapa sawit berdekatan tali air ( sebelum tempat jual sawit Ghazali Syawal ), cadangnya nak memancing atas jambatan UIE, tapi malangnya masa banyak dibuang semasa hendak melalui jalan laluan traktor yang becak ( sebab musim hujan )...walaupun kami dah nampak sungai, tapi nak sampai ke jambatan UIE memang mustahil dengan Kancil ni dengan jalan yang berlopak dalam!...

Selepas setengah jam berhempas pulas, kami mengambil keputusan untuk patah balik dan pergi ke sungai melalui jalan tali air rumah Pak Mail Pishah. Lagi sekali terbantut sebab air tali air melimpah melepasi jalan. Akhirnya kami pergi pula ke jambatan berdepan dengan rumah Pak Id Kombat.

Memang berbaloi walaupun hanya berbekalkan sebatang lilin, lampu suluh beserta cahaya bulan penuh, kami memancing sampai habis umpan pada pukul 2.30 pagi dan hasilnya macam biasa la ikan ngek-ngek dalam 800gram. Jom layan gambar...

Angah, orang pertama yang menaikkan ikan...

Adik, meletakkan umpan di pancing dalam kegelapan awal pagi...

Safwan, pun dapat banyak jugak...

Daud dan Safwan...

Double hook.!!! Sapa tak tau...

Daud rupanya...tersenyum lebar la.....( walaupun pakai pole je )


Adik Faiez, diantara ikan yang tergemuk...!!

***Memang best mancing malam ni, sejuk je...Alhamdulillah nyamuk pun takde dan kemi selamat pulang...( cuma tak sempat nak basuh kereta Abah yang penuh selut..)

Sabtu, 31 Mac 2012

Showhouse Part 2

Syukur Alhamdulillah...Akhirnya siap jugak showhouse ( link kat sini )aku ni. Setelah bersusah-payah sampai bergaduh-gaduh dengan site supervisor dan kontractor lagi. Sampai kena mintak tolong daripada adik dan kakak aku lagi la...( mekasih Imah dan Kak Long ).

Tapi akhirnya diorang berpuas hati dengan design aku ni, tu yang membuatkan segala penat lelah terbayar sudah. Walaupun sekarang ni masih lagi kena pergi ke sana untuk menguruskan beberapa masalah kecil.

Jom tengok kesudahan ( macam filem pulak, kesudahan ) showhouse aku ni...

Exterior View...

Living area dan Dining...

Dry Kitchen..Open..

Guest Bedroom...

Living dan Foyer...

Dining..

Bedroom 2..

AV Room..

Family Hall..

Master Bedroom..

***Hari ni aku dijemput ke majlis pelancaran showhouse ni, tapi malas aku nak pergi dok umah lagi best...hehehehe...Sape-sape nak pegi buleh la kat Simpang Empat Tambun, seberang Perai Selatan...

Selasa, 27 Mac 2012

Showhouse Part 1

Assalamualaikum semua.....
Rasanya memang dah berabuk setebal 4 inci blog Anak Haji Amir ni. Baru sekarang ni la aku berpeluang nak menjenguk kat sini. Mintak maaf la kat semua sebab membiarkan korang semua datang ke sini tapi takda apa-apa yang baru kat sini dan terima kasih pada yang masih sudi singgah. InsyaAllah aku akan membalas kunjungan korang....
InsyaAllah, mula dari sekarang aku akan cuba memulakan semula membuat post-post yang memang lama dah ditinggalkan, walaupun banyak bahan-bahan untuk dijadikan entry, cuma masa tak mengizinkan.

Diantara sebab-sebab aku memang tak boleh untuk mengupdatekan blog ni ialah kerana, ni showhouse aku ni.....( walaupun ada sebab-sebab lain..) Jom kita jengok...!!

Diantara lakaran mula yang aku buat untuk show house ni...



Ni pulak apabila aku punya lakaran tadi diterjemahkan menjadi lukisan 3 dimensi...






Yang ni pulak Semi-D showhouse aku yang baru dilahirkan...





***Tunggu sambungan entry ni....!!!!

Isnin, 2 Januari 2012

plan untuk next event

salam semua....

kepada semua anak-anak haji amir...bilakah masa yang sesuai untuk mengadakan sukaneka untuk kali yang ke-2..kalau ikut plan nak buat grand sikit...so...dicadangkan untuk mengumpul wang sebanyak RM20 sebulan untuk event tersebut..

ni adalah tarikh-tarikh yang dicadangkan..

1) 21-29/1/12
2) 10-18/3/12
3) 26/5-10/6/12
4) 18-26/8/12
5) 10/11-25/12/12

diharap semua anak-anak haji amir dapat bekerjasama dengan memberikan respon secepat mungkin..apa-apa boleh call pengarah projek a.k.a faizal amir atau penolong pengarah iaitu fazlinda amir..

harap maklum..sekian terima kasih...

sukaneka part 3

layannnnn.............





Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails