Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 1 Julai 2010

Pecah Batu Lagi ( 2010 ) #1

Setelah perancangan yang dibuat hampir 4 bulan ( semasa gathering di Teluk Senangin pada bulan Februari tempohari ) akhirnya pada 12hb June 2010 yang lalu terlaksana juga perkelahan ke air terjun Pecah Batu, Trong. Seperti biasa semua diatur dengan baik, Kak Long, Kak Ros, Kak Linda, Pinny, Daud, Imah dan Adik bertungkus-lumus menyediakan segala keperluan terutamanya makanan dan kelengkapan. ( Ijal dan famili tak dapat join sama kerana pergi ke perlis, kak lili datang lewat sikit..)


Diantara menu yang disediakan ialah roti sardin dan telor( K.Ros ), nasi bersama lauk sambal ikan( K.Ros ), kuah kentang( K.Lili ), bihun sup ( K.Linda ), Hot Dog & Nugget( Pinny ), Karamel ( K.Long ), jambu batu assam ( Tasneem ) dan air laici ( Imah ), air teh tak tau sapa buat...

Segala persiapan telah di buat pada malam sebelumnya.



Seperti biasa kami bertolak awal( untuk senang memilih tempat ) pada pukul 8.00pagi dalam keadaan kedinginan pagi....Kami memilih tempat yang sama seperti tahun lepas...Keadaan air rasanya naik sikit berbanding tahun sudah.



Setelah sampai dan barang-barang dirturunkan, semua menjamah makanan dulu setelah doa selamat di baca oleh abah. Manakala bebudak terus mandi tanpa mengenal erti sejuk...



Adik dan angah bersantai...

Saja lepas gian sebab masa menyelam nampak banyak ikan walaupun kecik-kecik..
Aku dan Pinny...
Orang pempuan semua tak mandi, hanya melayani suasana melihat keindahan ciptaan tuhan.. Imah yang bermuka masam dan Kak Ros

Pinny dengan bangganya sambil tersengeh menunjukkan ikan yang berjaya di pancing...walaupun kecil tapi mampu mengembirakan hati yang gulana...ikan ni C&R ( catch & release )

Imah, Kak Ros dan Adik bersembang....

"Ha tu ikan besar"..! kata Adik...

Lalu dengan pantasnya dia mula menggagau ikan itu...
Lalu dia pun turun dan mula menggagau...
dan gagau...
gagau lagi...
alamak...gagau punye gagau sampai dah tersesat dalam hutan...

Aku dan Daud pun nak memancing gak...
Mak-mak budak hanya perhatikan dari tepi...


Bebudak yang bergembira...

Along...menyelam

Kak Linda ngan Pinny...
Abang Yus...macam coach la pulak...
Kak Ros....ni bukan kak ros yang motong tu...
Pinny dan Kak Ros...
Babudaks, sambil diperhatikan Abg Yus...dikejauhan, Kak Long dan Tasneem
Kak Linda nak ambik port, nak makan...

Bermandi-manda..

Imran, tak bagi orang ambil gambar dia...perhatikan punggong dia yang tonggek kerana pampers dipenuhi air ( gara-gara mak dia tak bukak pampers sebelom mandi )

Bermandi-manda di celah-celah batu....


Ni pulak beberapa aksi masa tengah makan..Daud...berlatarkan pokok-pokok..
Abah..tersengeh...sambil makan..
Lagi makan...


Kak Linda sempat lagi peace....jaga-jaga kuah sup tu nak tumpah...!!
Tasneem dan Kak Long, bermuka moyok setelah barangan jualan tak laku..
Yang ni pulak laku sampai menambah-nambah...
Imah dan Kak Ros..
Daud..makan lagi...
Abah..khusyuk makan...
Makan lagi...
Gambar ni takde kena-mengena dengan makan...tapi Imah nak tunjuk ni masa sebelom makan...
Ni pulak masa tengah makan...uih sedapnye sampai terkerekot tangan...
Pinny tunjuk yang dia makan sikit je...
Bebudak la best, buleh makan dalam air lagi....
Lagi gambar bebudaks mandi...
Uqaiel Nabhan...

Achik...

Safwan....

**bersambung....

Jumaat, 25 Jun 2010

Adik-adik Ku

Aku tau, dah lama sangat tak update blog ni...dah bersawang dah. Sebenarnya nak upload semua gambar aktiviti 2 minggu sudah yang berlangsung kat Kampung, tapi amat dukacita kerana kesibukan yang terlampau disamping kelembapan streamyx yang tak ketahuan punca membuatkan semua perancangan tergendala.

Sementara menunggu semua gambar diuploadkan, nak kongsi juga gambar adik-adik aku yang mana kalau tak silap diambil pada tahun1987 ( semasa aku darjah lima ) -kalau tak silap la..


Ni kat belakang rumah, dikejauhan masih ternampak deretan pokok kelapa ( sekarang semua sawit ). Dari kiri: Daud, Ijal, Imah, Pinny dan adik Faiez.
Ni pulak kat dalam rumah. Dari kiri: Adik Faiez, Daud dan Imah.

Di harap dengan adanya post kali ini dapat memeriahkan lagi blog ni yang dah bersawang dengan komen-komen dari semua....


Selasa, 25 Mei 2010

Anak-Anak ku....

Takde apa yang hendak diperkatakan, cuma nak berkongsi aktiviti anak-anak di masa lapang.

Naufal dengan lukisannya, mula-mula dia kata tu gambar abah, lepas tu dia kata yang tu dia pulak....

Yang ni pulak gambar kami sekeluarga, dari kiri; abah, naufal, uqaiel, nabil dan ummi.

Ni pulak nabil yang lukis, dia kata ni gambar ummi...

Ni pulak aktiviti waktu malam, mengaji....

Khamis, 20 Mei 2010

Berendam Di Taman Belia

Ni video masa sebelum kena demam campak....

Soalan yang membuatkan Aku "terkedu"

Peristiwa #1'

Masa beli nasik lemak dekat dengan opis Wan Malinee, kakak yang jual nasik tu tanya, " ni adik Ros ka?". .....Terdiam aku, mana taknya, memang aku adik Ros ( fairos ). Tapi kalau mengaku takkan le dia kenal Kak Ros nun jauh di Ipoh. Takkan le dulu dia ada jual nasik lemak dekat dengan nursery kak Ros?

So, setelah terkedu sejenak, terus jawab " Tak.."

Peristiwa #2

Masa tengah makan nasik dekat rumah mak mertua, tetiba Nabil bertanya, " Kenapa kat rumah kampung( rumah abah ) tak de Mak Tok ( panggilan diorang kat Mak Mertua- nnenek diorang la )..?"
Terkedu jugak, macamana dia boleh terkeluar soalan tu.... Sampai hari ni tak jawab lagi kat dia....

Jumaat, 14 Mei 2010

Campak

2 minggu lepas, Naufal dan Uqaiel kena campak. Habis satu badan, terutamanya muka kena. Sampai hari ni Uqaiel masih kelihatan parut-parut dibadan dia dan sampai sekarang tak berapa sembuh lagi, asyik demam dan batuk je. Pada mulanya, Nabil yang kena dulu lepas tu baru Naufal dan Uqaiel.

Ni masa kena campak...


Masih boleh senyum lagi...


Ni pulak masa mula-mula nak naik campak ( pegi tepi laut dekat QueensBay Mall )


Ni pulak masa dekat rumah la, tak bagi pakai baju, panas dan miang...Naufal pun sekali...


Ni minggu lepas, adik ada datang, bawak Nabil kerumah mengasuh dan hantar Naufal ke sekolah...( Naufal kata, " Best naik motor Pak Su, laju...." )

Khamis, 29 April 2010

Design Kulit Buku

Minggu lepas, 20 hb April 2010 diadakan pelancaran buku "Nowhere To Hide" tulisan Dr.Michael Lim Mah Hui dan Lim Chin di Kompleks Penyayang Pulau Pinang. Apa kena mengena buku ni dengan 'anak-anak Haji Amir'?...

Sebenarnya aku dijemput pada majlis pelancaran buku ni tapi tak pergi pun dengan alasan tak tau tempat ( sebenarnya nak balik rumah cepat nak ambik anak-anak, sebab majlis dia lewat pukul enam lebih ) Kenapa aku dijemput?... Sebab 'cover' buku tu aku yang design....he..he..he...

Design ni aku buat masa raya cina yang baru lepas, sebab Dr.Michael Lim tu husband boss aku, jadi tak de apa-apa bayaran la untuk design tu( tapi dia ada kata nak bagi satu buku tu )

Di bawah ni ada beberapa cadangan yang telah diberikan pada mereka;



Cadangan yang ditolak....
Lagi ditolak...

Ditolak jugak....



Yang ni yang final dan diterima...he..he...he...




Ni pulak yang dah disiapkan oleh designer singapura berdasarkan design yang aku lakarkan....
dan menjadi cover buku tersebut...( walaupun rasa macam tak berapa cantik sebab kaler dia macam terlalu keras..)


Ni pulak cover belakang....


Ni pulak penghargaan dari penulis kepada ilustrater ( aku ler tu )


Nama yang tertera sebagai 'cover artwork'



** Semalam dapat emel dari Singapura, dari Stephen Logan;

From: Stephen Logan <>
Date: Wed, Apr 28, 2010 at 10:25 AM
Subject: New cover design: Road to Recovery: Singapore's Journey through the Global Crisis
To:
Dear Mr Fadzli Amir,

Please let me introduce myself. I'm Stephen, and I work with Sheryl at ISEAS.

We're going to publish another book in the same series as the one you recently designed the cover for, Nowhere to Hide by Michael Lim Mah-Hui and Lim Chin. The new book is:

Road to Recovery: Singapore's Journey through the Global Crisis
by Sanchita Basu Das

The book will be softcover only, and the size is the same as for Nowhere to Hide.

We hope you will be interested in designing this new cover for us. If you are could you provide your design quotation please.

I look forward to hearing from you.

Thanks and regards,
Stephen

p/s; thanks to Ijal sebab tolong buat bubble kat nama tu....

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails