Member Kamcing Anak Haji Amir

Isnin, 9 Mac 2015

Family Day 2015( Hari Ukhuwah )-Part 2 Sukaneka

Pada hari kedua kami di Sekinchan, selepas sarapan kami berkonvoi ke kawasan homestay berdekatan sawah padi dengan menaiki kereta masing-masing. Bila tiba saja kami diminta membuat sedikit senaman memanaskan badan sebelum memulakan sukaneka.

Semua melakukan senaman ringkas..
Menantikan arahan..
Selepas itu semua orang berkumpul dengan kumpulan masing-masing( kumpulan telahpun diundi pada petang hari sebelumnya dan ketua kumpulan adalah pasangan suami isteri yang mana anak-anak masing-masing tidak dibenarkan dalam kumpulan ibu bapa mereka )

Game yang pertama adalah melontar selipar dan menyusun tin. Punya la susah nak kena tin tu....Tapi semua orang memberikan komitmen yang sepenuhnya.
Faiez cuba sedaya upaya melontar selipar dengan penuh gaya, tapi apa kan daya...hehehe

Aku pun cuba tapi tak kena...

Tudia, Furqan dalam cubaan mengelak dari dilempar selipar..

Game yang ke dua pulak, boling buah kelapa....Yang ni pun punya la susah nak kena botol plastik tu.....
Dalilah, kumpulan K.Linda ni...

Abah, dengan bersemangat...

K.Ros sedang membaling kelapa..

Lepas tu kena kopek buah kelapa dengan tangan pulak....Yang ni group aku menang....Hehehhe
Macam semua diserahkan kepada Abah ja ni...Imah, Safwan dan Ihsan tengok ja...

Ni Group aku...

Group K.Ros...

Selain tu ada juga game yang membuatkan kami berendam dan berenang dalam taliair sambil membawa/mengepit batang pisang di bawah ketiak....Sungguh tak logik...hahahaha....Sudahnya kami berlari la dalam air yang berselut lembut tu bukan berenang....
Semua bersiap sedia di garisan permulaan..

Dah mula nak berenang dah...

Tudia...semua berlari....mana nak sempat berenang dah...yang mana kat tepi tu untung la,cangkat sikit..kat tengah tu tenggelam la...

Semua peserta kepenatan dan kebusukan...hehehe
Ni pulak acara dalam bendang yang kering, acara mengutip tin..
Semua bersedia untuk acara kutip tin...

Yang ni pulak terbaik..acara menangkap atau menggagau ikan keli....Pelbagai kejadian curi ikan terjadi. Tapi memang best, semua tu memeriahkan lagi suasana!..
Daud bersama keli yang ditangkap...

Budak-budak pun seronok berkubang dalam selut...hehehe

Semua dengan hasil tangkapan...


Memang best sangat-sangat..!

Acara untuk budak-budak pun ada. Acara memancing botol dan isi air dalam botol.
Susah tu nak masukkan dan angkat botol guna pancing...

Bantuan ibu, bapa dan kumpulan diperlukan....


Ni pulak isi air dalam botol....

Pini membantu Izzat memasukkan air dalam botol..

Basyirah sedang beraksi...

Iman, gruop aku ni...jadi kena la tolong sikit...

Kumpulan aku...sama-sama membantu...tapi ada jugak yang menipu...hehehehe

Kak Linda dan Uqaiel..
Furqan dan Naufal..

Memnag terbaik la semua ahli keluarga..! Anda semua memberikan komitmen yang penuh dalam menjayakan sukaneka kali ni. Walaupun ada sedikit kelemahan di pihak pengurusan ( Sekin Hotel ) dalam mengendalikan sukaneka ni tapi rata-rata kami semua berpuas hati...
Seperti post yang lepas, Link dan Kosmo, sukaneka ni memang mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga...!

3 ulasan:

Anum berkata...

alhamdullilah serenoknya

Mie berkata...

Memang terbaiklah....

Azian Elias berkata...

seronoknyaaaa..

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails