Member Kamcing Anak Haji Amir

Isnin, 18 Februari 2013

Hari Keluarga Haji Amir- Pagi Sukaneka

Pagi hari kedua, setelah mengambil breakfast yang telah disediakan oleh pihak Amir Chalet, kami memulakan aktiviti sukaneka. Kategori kanak-kanak ada 4 acara kalau tak silap. Acara lari bawak bola ping-pong dalam sudu, acara lompat sebelah kaki, acara bawak gelang getah pakai straw dan acara muzikal chair. 
Manakala kategori remaja pula ada 2 acara iaitu susun suratkhabar mengikut mukasurat dan teka perkataan. Yang bestnya setiap kumpulan siap ada tagline lagi..!

Untuk dewasa pula acara muzikal chair, acara makan apple hijau ( untuk lelaki ), acara masukkan benangg dalam jarum ( untuk wanita ) dan acara lari bersama pasangan sambil mengikat kaki ( aku berpasangan ngan cik wife )- ketiga-tiga acara tu aku kalah..hehehehe...

Walaupun hadiah yang ditawarkan taklah seberapa, tapi kami semua memberikan sepenuh perhatian terhadap setiap acara tanda sokongan moral...Tahniah semua!!

Acara lompat sebelah kaki, kanak-kanak...

Irfan ( kiri ) dan Naufal ( kanan )...

Acik, baru nak memulakan lompatan...

Acara makan buah apple hijau ( lelaki ) Abg Yus sampai berdiri la...

Punya pulun makan, tapi dimenangi oleh Ijal...

Acara muzikal chair kanak-kanak...Dimenangi oleh Imran....cayalah..!!

Acara pemberian hadiah oleh HAji Amir...

Naufal bersama hadiah, berupa jam tangan...

Nabil beserta hadiah...

Uqaiel pun dapat hadiah...semua bebudak dapat hadiah sebenarnya, tak kira menang atau kalah..

Diorang ni orang sibuk-sibuk sukaneka diorang nak buat NAT GEO WILD pulak...

Pantang nampak binatang...katak...

Rama-rama..


***Memang terhibur sangat dan terima kasih pada Kak Linda yang sponsor hadiah...!!!

5 ulasan:

imah berkata...

Abg li..ada lg 1 acara tuk remaja yg plg best dan sgt mengujakn...tiup belon smpai pecah...hahaha

p.i.n.n.y berkata...

Yg penting kita enjoy!!!

Dr K berkata...

Salam bro...
Meriah betul family day ni...yg best nya, mmg hadiah selalunya kita dah prepare awal..semua dpt!

Cikli berkata...

Terbaiklah keluarga Hj. Amir.

Unknown berkata...

seronokkan.... berkumpul ramai2 ni

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails