Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 24 Disember 2010

Ketua Polis Nagara

Hari ni sembahyang Jumaat, seperti biasa aku pergi ke Masjid Titi Papan, jalan Burma. Bila aku sampai aku nampak ramai anggota polis yang jaga lalulintas di masjid. Mesti ada VIP yang nak sembahyang jumaat ni, bisik hati aku. Bila masuk, Tok Bilal dah azan. Kalu kat kampung mau panas telinga kena berleter dengan abah...hahahha...

" Orang dah azan, hampa tergedik-gedik baru sampai.." terngiang kata-kata abah.

Lepas ambil wuduk, terus nak masuk ke dalam ruang sembahyang.

"Mak aih, dah penuh..tapi kebanyakan berbaju polis."

Tapi bukan baju polis yang biasa ( yang 'tie in' dan nampak talipinggang tu )yang ada semua yang berbaju labuh berbelah kat belakang dan ada banyak paku kat atas bahu. ambil keputusan duduk kat luar. Selepas sembahyang sunat , baru perasan yang sebelah aku pun ada mamat polis berpaku di bahu ( muda lagi ni )

Lepas sembahyang jumaat, tanpa sembahyang sunat bakdiah aku terus keluar, sibuk nak tau siapa VIP tu. "Siap"!!( bunyi flash )Ooo wartawan pun ada. Bila aku beralih ke belakang, baru nampak, Tan Sri Ismail ( IGP ) rupanya....mungkin dengan ketua polis Pulau Pinang ( aku tak kenal muka dia ). Patut la semua polis...

Yang hairan, tak pernah pun aku nampak polis yang berpaku di bahu ni semenjak aku sembahyang jumaat kat masjid ni. Mungkin diorang sembahyang tak pakai unifom, atau sembahyang di masjid yang lebih jauh, memandangkan Masjid titi papan ni yang dekat sekali dengan Ibu pejabat polis Penang road...

Tiada ulasan:

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails