Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 24 Mac 2011

Kenangan SPM

Hari ni keputusan SPM dikeluarkan. Semua pelajar yang menduduki peperiksaan tersebut berdebar-debar menunggu keputusan diumumkan. Anak, cucu Haji Amir tak ada dalam senarai orang yang berdebar-debar tu...

Teringat aku kenangan 19 tahun dahulu semasa aku mengambil keputusan SPM ni. Pagi-pagi lagi abah dah hantar ke sekolah ( Sekolah Menengah Raja Shahriman, Beruas ) dengan Honda 70cc berlampu bulat dia. Abah tak banyak cakap, memang dia macam tu dengan anak-anak, atau dia pun berdebar-debar menantikan keputusan SPM anak lelaki pertama. Kalau tanya aku, memang la aku takut gila masa tu. Aku tahu abah, mak dan kakak-kakak aku tak begitu menaruh harapan sangat kat aku. Walaupun aku tak ada masalah displin dengan sekolah, tapi aku lebih banyak berangan dan melukis daripada mentelaah buku.

Aku jadi tak keruan bila sampai saja di sekolah. Abah tunggu diluar, mungkin dia pergi minum kopi atau apa-apa, kerana aku terus melangkah masuk ke dalam kawasan sekolah tanpa menghiraukan abah. Untuk menenangkan fikiran yang bercelaru, mata aku mencari-cari muka kawan-kawan yang sekamcing. Bila berjumpa ( setelah tak berjumpa hampir 3 bulan ) kami berlabun sakan, kurang la sikit perasaan bercelaru itu. Agak lama jugak, lebih kurang 45 minit untuk mendapat keputusan. Kami memasuki pejabat sekolah untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan. Bila sampai giliran aku, ya Allah dengan perasaan takut yang amat ( macam kalau tak lulus, itulah penghujung dunia bagi aku )...Dengan lafaz Bismillah, aku tengok keputusan di tangan aku...Yess..!!!! Alhamdulillah....Aku sendiri tak menyangka dapat keputusan tu..!!!!

Setelah bersalam-salaman dengan kawan-kawan, aku keluar dari kawasan sekolah mencari abah. Abah nun jauh ditepi jalan besar, menanti aku dengan muka masam ( biasalah abah bukan buleh tunggu lama, mesti akan marah punya ). Dia langsung tak tanya satu pun kat aku. aku terus naik motor, balik ke rumah...

Bila sampai ke rumah, arwah mak ada kat rumah arwah tok ( rumah tok bersebelahan dengan rumah kami ) , duduk ditepi pintu menunggu aku gamaknya. Bila turun moto, aku terus pergi jumpa mak.

Mak tanya, " Dapat berapa Li..?"

Aku buat-buat muka sedih, sambil menjawab.." Tiga...." aku mengusik...

Mak semacam sedih, sambil menghulurkan tangan mengambil slip keputusan dari tangan aku...
Bila mak tengok je slip tu, terus dia tersenyum dan aku nampak jelas air mata kegembiraan bergenang di mata mak...

Mak menghulurkan tangan.. " Tahniah.." kata mak pendek...

Aku sambut tangan mak sambil tersengeh.....Aku rasakan pada masa tu adalah saat yang paling bahagia dalam seumur hidup aku....Aku membuatkan mak menangis kerana kejayaan aku...Alangkah indahnya..!!!!

*** Walaupun dapat 18 agregate tapi macam biasa la BI dan Math aku cukup-cukup makan je...Tapi kenangan melihat mak tersenyum sambil matanya bergenang dan ucapan tahniah mak terus melekat di sanubari aku...Cerita ni pernah aku ceritakan pada adik aku, Daud( Firdaus ) untuk memberikan dia motivasi sewaktu masa dahulu....

Rabu, 23 Mac 2011

Hari ni Harijadi Acik..!!!

Hari ni tanggal 23 Mac 2011, genap umor salah seorang anak sedara aku ( yang memang ramai ) ni 10 tahun, Aminul Hafiz atau lebih dikenali dengan panggilan Acik. Dia ni minat giler dengan mainan dari filem ' CARS '. Dia sanggup bawak bekal ke sekolah semata-mata nak simpan duit poket yang ummi dia bagi untuk membeli koleksi mainan 'CARS ' ni..

Satu lagi dia ni pandai melukis macam Bapak Saudara dia ni...hehehe...kalau balik ke kampung mesti dia tunjuk segala lukisan dia untuk aku komen...

Aina dan Acik...

Acik bersama koleksi 'CARS' dia yang dibeli sendiri...

Kek harijadi dari abah dan ummi...sera Mak Teh (Imah)...hehehe

Macam tak mau potong je kek tu...

Ni pulak hadiah dari Abah dan Ummi...( apa dia la agaknya )

Yang kotak besar tu dari Abah dan Ummi, yang nipis tu dari adik dia Aina...

Tu dia, setelah bungkusan dibuka....lori 'CARS' dan buku sticker 'CARS'

Bertambah lagi satu koleksi dia ni...
Apa-apapun aku selaku bapak sedara yang hensem, ingin mengucapkan selamat HARI LAHIR buat ACIK....Belajar betul-betul nanti boleh dapat hadiah banyak-banyak lagi...!!!!

*** Sebab duduk jauh, so Pak Njang tak boleh la nak bagi hadiah kat Acik...( fuhh...ok tak alasan ni..hehehehe..)

Selasa, 22 Mac 2011

Sebelum Nuklear, cermin Proton dulu

Wira kami meluncur meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Merlimau. Cuaca petang agak nyaman. Lalu saya meminta si pemandu memadamkan alat hawa dingin kerana saya ingin membuka cermin kereta.

Saya ingin menghidu udara petang. Berkali-kali saya tekan punat tetapi sang cermin amat degil tidak mahu turun ke bawah.

Si Pemandu menoleh sambil ketawa dan bersuara: "Ini Proton, bro... Takkan tak tahu... Ini pun belum sampai setahun."

Kami terbarai ketawa.
(Dari ingatan berkempen ke Merlimau)

Saya sedang memberi kuliah di Akademi Seni Kebangsaan. Bangunan ini belum sampai lima tahun. Hujan yang awalnya renyai-renyai menjadi lebat. Tiba-tiba, di luar air mencurah masuk. Atap bangunan ini telah terbarai.
(Dari ingatan mengajar di ASWARA)

Apabila kita membaca dan melihat apa yang sedang terjadi kepada lima buah loji nuklear di Jepun, maka kita akan sedar bahawa ini adalah satu pelajaran yang amat mahal. Mata pelajaran ini sedang dibayar dengan harga darah dan nyawa oleh warga Jepun. Pelajaran di hadapan mata kita ini sedang membuktikan bahawa radioaktif ini amat merbahaya untuk umat manusia.

Ini adalah kali kedua warga Jepun membayar dengan nyawa mereka untuk membuktikan kepada dunia tentang malapetaka yang akan dibawa oleh radioaktif. Kali pertama dahulu pada pada 6 dan 9 Ogos 1945. Pelajaran itu telah dipaksakan ke atas warga Jepun apabila dua butir bom atom telah diledakkan di kota Nagasaki dan Hiroshima.

Kali ini agak berbeza, bukan dengan paksaan dari sesiapa tetapi hasil dari kerja lobi para saudagar penjual loji tenaga nuklear.

Lihat dan perhatikan, ketika loji nuklear di Fukushima terbakar, para saudagar tenaga nuklear, para pelobi tenaga nuklear, para kangkung pakar nuklear dan para politikus rasuah, sedang meminta kita semua bertenang. Suara paling terbanyak meminta kita bertenang datangnya dari sosok yang mengaku arif dan berilmu dalam hal nuklear.

Ilmuan 'kangkung'

Justeru, para profesor dan ilmuan yang arif tentang hal radioaktif kini sedang sibuk membincangkan pandangan mereka. Ilmuan "kangkung" dan pakar nuklear ini sedang bersilat lidah di kaca TV untuk mententeramkan keadaan. Para pakar ini dilihat gah dan hebat dengan ijazah berjela-jela tetapi bila kita selidik dengan rapi, maka akan kita temui bahawa mereka ini ada pertalian kepentingan dengan saudagar penjual loji tenaga nuklear.

Di Malaysia para kangkung ini tidak perlu menyorokkan diri untuk berselindung. Mereka secara terbuka menyokong rancangan kerajaan untuk mendirikan loji nuklear pada tahun 2021. Suara sokongan mereka sedang dijadikan alat untuk bercanang ke hulu ke hilir oleh para saudagar loji nuklear.

Para kangkung ini bersuara menyokong tenaga nuklear bukan kerana mereka berilmu tetapi kerana dengan cara ini sahajalah suara mereka akan dilaporkan oleh media arus perdana. Dengan menyokong tenaga nuklear maka muka mereka akan muncul di kaca TV. Dan jika mereka rajin sadikit mereka akan dapat menulis di ruangan akhbar Utusan atau Berita Harian.

Orang awam jangan terperanjat apabila diberitahu bahawa menulis di Utusan atau di Berita Harian ini juga akan diambil kira sebagai pencapaian keilmuan. Ini juga akan dihitung untuk kenaikkan pangkat dan gaji. Nampaknya menulis di akhbar arus perdana di Malaysia ini telah disamakan tarafnya seperti menulis di majalah Foreign Affairs, New Scientist, Nature atau Oxford Journals.

Maaf. Jangan silap faham. Tulisan saya ini bukan bercita-cita atau berniat untuk memperlekehkan para ilmuan tempatan ini. Tidak. Saya tidak perlu meperlekehkan mereka kerana mereka sendiri memang telah lama lekeh. Majoriti ilmuan kangkung ini lekeh kerana tidak pernah melahirkan buku atau menulis secara ilmiah. Kebijaksanan mereka ialah membodek dan mengampu untuk naik pangkat.

Kalau kurang yakin tentang apa yang saya nyatakan di sini, sila rujuk laporan akhbar minggu lalu bagaimana Najib Razak telah mengingatkan kangkung-kangkung ini agar tidak berebut-rebut untuk menjadi naib cancelor.

Biasanya para akademik yang tegar dengan ilmu pengetahun dan kajian akan menolak pangkat naib cancelor. Sosok yang berilmu akan menolak pangkat ini kerana ia akan membuang masa ekoran terlibat dengan kerja mentabir universiti. Cita-cita sosok yang berilmu ialah membaca, mentelaah, mengkaji, menduga, mencuba di bilik makmal dan akhirnya menerbitkan bahan kajian untuk untuk dibincangkan oleh rakan-rakan dalam dunia akademia.

Seorang akademia yang bukan jenis kangkung tidak akan membuang masa untuk hadir di majlis-majlis 'hampeh' seperti menghantar menteri ke lapangan terbang atau membuang masa dan tenaga untuk memastikkan mahasiswa kumpulan Aspirasi menang dalam pilihan raya kampus.

Pandangan juling tentang Fukushima


Saya telah dan akan terus menimbul dan mempersoalkan tentang keupayaan ilmu profesor kangkung. Saya lakukan ini kerana saya yakin dalam minggu ini akan banyak suara-suara kangkung ini kedengaran. Mereka akan dijemput untuk memberi pandangan-pandangan juling tentang letupan loji nukelar di Fukushima.

Komen dan pandangan profesor kangkung ini akan digunakan untuk mengolah persetujuan orang ramai agar menerima hakikat bahawa negara kita tidak ada pilihan melainkan menggunakan nuklear sebagai punca tenaga elektrik dalam masa 10 tahun yang akan datang. Kangkung ini juga akan memberi pandangan kontot mereka bahawa loji tenaga nuklear ini selamat untuk digunapakai.

Para kangkung ini tidak akan menyebut berapa banyak kecelakan kecil dan besar yang telah terjadi di loji nuklear. Dengan sempoi para kangkung akan melupakan data dan sejarah.

Jika ada disebut satu kecelakaan kecil maka si kangkung ini akan menyatakan yang ini terjadi pada satu ketika yang lama dahulu. Di zaman teknologi secanggih hari ini, tidak mungkin kecelakan akan berlaku lagi.

Hakikatnya, kecelakan yang berpunca dari loji tenaga nuklear berlaku terus menerus. Pada tahun 1979, sebuah loji nuklear Three Mile Island di Pennsylvania, Amerika Syarikat telah hampir meledak. Ini kerana kesilapan teknikal. Selama tiga hari Amerika Syarikat dalam keadaan mengigil menunggu apakah akan terjadi satu letupan.

Pada tahun 1986, satu lagi ledakan loji nuklear telah berlaku di Chernobyl, Ukraine. Ini telah membawa malapetaka yang amat dahsyat. Hingga ke hari ini wilayah sekitar Chernobyl telah ditinggalkan kosong kerana bahaya radioaktif yang masih berkeliaran. Untuk berapa tahun lagi wilayah ini akan ditinggalkan? Berapa lama kesan radioaktif ini akan berkeliaran?

Umur radioaktif ini ditakrifkan sebagai half life. Half life ini mungkin 300 tahun dan mungkin 3,000 tahun. Half life hanyalah konsep. Kerana itu hingga ke hari ini, masih ada bekas warga Chernobyl yang melahirkan bayi cacat dan tidak cukup sifat akibat serangan radioaktif.

Lalu timbul persoalan, jika tenaga nuklear ini amat bahaya kenapa ia masih digunakan. Jawapan untuk soalan ini ialah keuntungan. Para saudagar penjual loji nuklear akan mendapat keuntungan berbilion ringgit apabila ada negara yang ingin membeli loji ini. Loji tenaga nuklear bukan dijual macam kereta.

Teknologi tenaga nuklear ini amat tinggi dan canggih. Tidak semua negara dalam dunia ini memiliki keupayaan untuk mendirikan loji nuklear ini. Negara-negara yang memiliki teknoloji untuk membuat dan menjual loji nuklear ini juga terhad. Ini menjadikan harga loji ini mahal.

Dalam masa yang sana kefahaman dan kesedaran orang ramai terhadap bahaya radioaktif dari loji ini telah ditumpulkan. Seperti di Malaysia, banyak perkara dilakukan oleh politikus tanpa banyak perbincangan.

Malah ada pekara dilakukan secara senyap-senyap tanpa diketahui umum. Contoh terbaik ialah kilang nadir bumi di Gebeng yang juga akan membawa malapetaka radioaktif secara tiba-tiba.

Bangunan, atap, stadium runtuh

Oleh kerana tidak ada perbincangan, maka orang ramai tidak mendapat maklumat yang penuh sama ada perlu menerima atau menolak pengunaan tenaga nuklear sebagai punca tenaga leterik.

Ini ditambah pula oleh lebun para kangkung yang kerap muncul di media arus perdana untuk menjadi juru heboh tenaga nuklear. Pandangan kedua atau cadangan alternatif akan dinafikan untuk untuk memastikan orang ramai dapat terus ditipu.

Malah si pembawa pandangan kedua atau alternatif mungkin akan ditangkap untuk dikenakan ISA. Ini pernah berlaku di Bukit Merah, Perak pada tahun 1987.

Warga di Bukit Merah telah bangun menentang rancangan untuk mendirikan kilang nadir bumi yang kini telah dipindahkan ke Gebeng. Beberapa orang aktivis Bukit Merah telah ditahan dalam Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987.

Para menteri pula akan berhujah mengatakan bahawa kita perlu tenaga nuklear kalau tidak kita akan bergelap. Cakap-cakap seperti ini menakutkan orang ramai seolah-olah kita tidak ada pilihan. Di belakang cakap-cakap menteri ini ialah saudagar penjual loji nuklear. Ini samalah seperti kita membeli kapal selam dari Perancis.

Saudagar penjual loji nuklear ini juga bergerak sama seperti saudagar senjata. Malah kadangkala yang menjual senjata ini juga menjual loji tenaga nuklear.

Untuk saya keputusan sama ada Malaysia akan menggunakan tenaga nuklear atau tidak cukup senang untuk dibuat. Kita tidak perlu melihat ke Jepun atau ke Chernobyl. Kita hanya perlu melihat kereta keluaran Proton.

Berapa ramai pembeli kereta Proton telah menyumpah dan menyesal kerana cermin tingkap kereta Proton tidak boleh dipakai. Juga kita sering terbaca bangunan kerajaan runtuh.

Malah kita juga terbaca bagaimana atap bangunan Parlimen telah runtuh. Kali terakhir ialah berita runtuhnya stadium di Kuala Terangganu.

Untuk saya, sebelum kita mendirikan loji nuklear di bumi ini marilah kita meminta secara jujur agar para ilmuan, para saintis dan para jurutera kita dapat memperbaiki cermin tingkap kereta keluaran Proton. Ini adalah asas teknologi.

Kalau yang asas ini pun selalu kantoi, bayangkan apa yang akan terjadi apabila loji nuklear meledak.

Mari berfikir sejenak. Sebelum ke sekolah kita ke alif ba ta dahulu. Sebelum buat itu, buat ini dahulu.

Sumber, Malaysiakini ditulis oleh Hishamuddin Rais..

Isnin, 21 Mac 2011

Taman Tasik SM Nor

Tiba-tiba terkenangkan waktu kecik. Masa tu kalau tak silap dalam tahun 1986 masa aku darjah empat. Sekolah aku buat rombongan ke Taman Tasik SM Nor, Batu Gajah ( dulunya kalau tak silap, tuan punya syarikat kicap dan sos cili SAMANO -syarikat mohd nor ). Rasa teruja sangat nak tahu tentang taman tema yang begitu polpular sekitar tahun 80an tu. Aku cuba carik gat google, tapi tak banyak yang membantu. Rata-rata membincangkan tentang penutupan taman tersebut, termasuk Mimaland kat Gombak dan Safari Park kat Johor.

Kenapa agaknya Taman tema tu tutup. Mungkin dengan sebab diorang tak dapat menampung perbelanjaan pengurusan taman tersebut. Sesiapa agaknya yang dapat berkongsi cerita. Aku bukan apa, rasa sayang jugak walaupun hanya sekali je pergi.

Ingat lagi masa tu dengan Cikgu Rosman ( cikgu pengiring ), aku dan beberapa orang kawan kami masuk rumah hantu dalam taman tasik tu. Masa masuk jalan kecik yang berbelok-belok, aku dan kawan-kawan memegang erat seluar cikgu Rosman, sampai nak terlondeh la seluar dia. Yang lawaknya bukan kami bebudak saja yang takut masa tu, dengan cikgu Rosman sekali takut....!Hantu bangun dari keranda la, kaki ditarik hantu la, dan yang last sekali masa nak keluar ialah kepala hantu melayang, kami lari punya la laju, dengan cikgu Rosman sekali...

Disamping tu, ada jugak permainan air seperti basikal traktor yang dikayuh. Tapi masa tu aku tak berpeluang nak main, sebab tak mempunyai duit yang cukup ( dapat pergi rombongan tu pun dah cukup mahal la masa tu ) Tapi sayangnya, tak ada satu pun gambar, sebab masa tu nak nampak satu kamera pun susah. Ada rumah cermin dan macam-macam lagi. Aku tahu pasal taman ni bila aku campur dengan bebudak muda yang konvoi naik motor pergi ke taman ni ( aku campur diorang kat masjid la..)

Lagi satu tempat yang aku pernah pergi ialah Taman Buaya kat Kelantan,( tak pasti kat mana, mungkin Kak Long ingat ) pun dah ditutup sekarang kalau tak silap. Aku pergi tahun 1990 semasa pergi ke rumah Kak Long kat Kok Lanas...

***Best sangat bila dikenangkan masa pergi ke Taman Tasik SM Nor, rasa teringin nak pergi tapi sayang, dah tak ada....Mungkin NK buleh cerita sikit...

Ahad, 20 Mac 2011

Tahniah Dalilah dan Izzat...!!!!

Aku nak share sikit kat sini, minggu lepas, 12 mac 2011, di Dewan Bunga Raya, Sekolah Kebangsaan Bukit Setongkol, Kuantan, anak saudara aku Dalilah Ghaffa dan Izzat Ghaffa telah mendapat anugerah pelajar cemerlang....

Dalilah ( Ayu ) mendapat anugerah:
1- pencapaian terbaik akademik
2- pencapaian terbaik aliran
3- pencapaian terbaik matapelajaran (bm pemahaman & sains)
4- pencapaian 5A (PKSR 4/2010)
5- pencapaian terbaik upsr/2010 (5A)
(trofi dri skolah,sijil & duit rm100 dri yayasan pahang )

Manakala Ijat pulak:
1- pencapaian 5A (PKSR 4/2010)

Beserta gambar-gambar pada hari tersebut...




Abang Long bersama Dalilah..


Dalilah dan Izzat..

Dalilah menerima anugerah...

Dalilah dan kawan-kawan....

Satu keluarga....tanpa Tasneem, Ayman dan Furqan...

Ni pulak Izzat terima anugerah...

Tropi yang diterima..mak aih banyak tu...

Tahniah buat diorang, jadilah anak yang dibanggakan ibu bapak....
***Siapa tak tau bapak sedara dia....pandai sungguhh....heheheh

Sabtu, 19 Mac 2011

Memphis Belle

Dari filem Memphis Bell ( google )
Malam tadi tidur lewat, bukan buat apa tapi tengok filem Memphis belle kat astro. Memphis Belle ni nama untuk pesawat berat pengebom milik US, Boeing B-17F Flying Fortress semasa perang dunia ke 2. Telah melakukan 25 misi kombat semas perkhidmatannya dan kini masih elok dipamerkan di Muzium Angkatan tentera Udara US di Ohio. link
Aku bukannya nak ulas pasal pesawat ni atau perang dunia ke 2, tapi nak ulas sikit macamana teknologi yang diorang pakai pada waktu tu. Pesawat ini tidak mempunyai radar, jadi ianya hanyalah menggunakan mata untuk mengetahui keadaan pesawat musuh atau pesawat rakan. Ditunjukkan dimana semasa mereka melintasi awan tebal, mereka hampir-hampir melanggar bahagian belakang pesawat rakan seperjuangan. Begitu juga untuk membuat tembakan ke arah pesawat musuh dan jatuhan bom ke sasaran, juga hanya menggunakan mata.

Begitu juga dengan senjata yang digunakan, semuanya digunakan secara manual, dimana ada diantara senjata mereka yang tersekat sewaktu hendak menembak pesawat musuh yang begitu hampir..
Aku tak reti sangat nak mengulas bab-bab ni, aku ada satu pesawat pengebom ( tapi pesawat ringan ), buatan British dan digunapakai sejak 1936 lagi, oleh British Royal Air Force ( RAF )


*** saja je nak share...hehehe..lagi satu, aku pasal tulis penerangan pasal filem ni fail....

Jumaat, 18 Mac 2011

Zainudin Bin Lot

***Memang takda kena mengena dengan keluarga Haji Amir, tapi dia kawan aku...
Beberapa hari lepas aku bersembang ( dalam talian ) dengan member aku ni setelah lebih kurang 14 tahun tak berjumpa. Mula-mula aku jumpa dia ni masa aku mula masuk ke tingkatan satu di Sekolah Menengah Raja Shahriman, Beruas Perak. Aku dimasukkan dalam kelas 1c2 ( "c" bermaksud commerce/perdagangan ). Aku duduk di depan dia kalau tak silap dan dialah orang pertama yang aku tegur. Apa yang aku agak hairan adalah bila aku yang memulakan bicara dengan dia, dia bagitahu aku yang dia anak 'lord' ( anak orang kaya )...Lepas tu baru tau yang nama dia Zainudin Bin Lot ( lord )...memang anak Lot la kau Budin...( memang aku panggil Budin dulu kalau tak silap )

Tapi masa sekolah aku tak la rapat sangat dengan dia ni, sebab dia joint ngan bebudak famous....hehehhe..
Aku jumpa dia balik pada tahun 1997 kat UiTM Shah Alam. Masa tu aku dah habis belajar dan masih duduk setinggan kat kolej Perindu, manakala dia baru je masuk kat UiTM, kos Sains Sukan. Aku jumpa kat kedai minum mama bosan kat bawah perindu 3 ( kalu sesiapa dulu duduk perindu 3, tau le kedai mama bosan ni ) Kitorang sembang-sembang la sebab lama tak jumpa ( biasa la kalau budak senegeri atau sesekolah jumpak kat negeri lain, macam exited sangat )
Yang aku buleh ingat sampai sekarang apa yang dia kata tentang dua perkara iaitu,
" Kalau nak terkenal, kena berjaya.. tapi kalau berjaya, akan jadi terkenal.." ( lebih kurang macam tu la bunyinya..aku pun dah lupa )
Lagi satu pulak, "kalau nak berjaya, jangan hisap rokok, main perempuan dan jangan nak enjoy saja"..( ni pun aku dah tak berapa ingat, dah tua la katakan )
Beberapa hari lepas yang aku cakap dengan dia dalam phone, kita borak-borak pasal kawan-kawan sebaya yang telah dulu meninggalkan kita. Dan aku yang tak berapa bercampur dengan kawan-kawan, mungkin. Bukan tak nak bercampur, oleh kerana komitmen dengan kerja, dengan keluarga aku, keluarga mertua, yang mana aku lebih suka menghabiskan masa ( kalau tak kerja la ) buat aktiviti dengan keluarga-keluarga aku je, sebab aku rasa lebih penting buat aku...
Apa pun aku respek la dengan kau Budin, sekarang dah menjadi orang kuat Adidas Malaysia. Dan pernah aku nampak dia bergambar dengan Zidane Zidan dalam surat khabar tu...

***All the best Bro..!!! ( sorry, aku cilok gambar ko dari FB )

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails