Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 17 Julai 2014

Jom buat kad raya- Part 2

Setelah siap lakaran pada post yang lepas, kita boleh la mula untuk mewarnakan lakaran kita. Kalau nak la, kalau taknak tak payah kaler...Malam-malam ni buat kerja sambil dengar Bapakku.fm...Dengar Abang Isma Halil berceloteh sambil pasang lagu raya...Perghhh....rasa macam masa study dulu-dulu pulak...

Jom kita mula...

Aku biasanya gunakan water colour, atau dalam bahasa melayunye warna air ye...
Mula mewarnakan muka dulu...

Ok..dah habis warna semua muka...

Warnakan rambut dan mata...


Mula warnakan baju pulak...

Ok..siap..bertemakan warna kuning...

Conteng-conteng sikit background..

Kita Ink kan pulak...macam biasa, muka dulu...


Habiskan sikit lagi...
Dah siap ink, kita warnakan frame pulak...

Gelapkan sikit background frame..

Siap akhirnya...

Ink kan bayang-bayang kerawang...

Banyak lagi nak siapkan ni...

Touch-up sikit background..

Touch-up lagi...tak guna photoshop tau...

Kita gelapkan sikit lagi...

Dah siap...jangan lupa tandatangan pulak...
***Lukisan dah siap, kita sambung part 3, macamana nak buat kad pulak....Selamat berpuasa...!

Isnin, 14 Julai 2014

Jom Buat Kad Raya - part 1

InsyaAllah, tak lama lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfiti. Seperti biasa aku akan buat kad raya untuk isteri tercinta. Kali ni aku buat lukisan ala-ala kartun pulak. Jom kita layan satu persatu dari mula sampai habis...!

Mula-mula kita lukis outline untuk subjek yang kita nak lukis..

Detailkan setiap subjek kita...My wife...

Yang kedua, Nabil...

Ketiga, Naufal..

Keempat, Uqaiel...

Kelima, aku la...

Tambah detail sikit...hehehe

Last sekali, alat untuk berselfi...

Kesemuanya sekali...
Pilih font untuk perkataan...semua manual k...

Pilih motif corak pulak....untuk frame...

Kita pilih motif ni la..hehehehe

Detailkan dengan bayang-bayang...bagi nampak 3D sikit..
OK siap pun...
***Tunggu part 2 & 3...

Ahad, 29 Jun 2014

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...

Kekasih ku datang lagi..
Ramadhan....
Ya, Ramadhan datang lagi menjengah. Memberi peluang kepada insan kerdil seperti aku mengumpul sebanyak mungkin pahala dan peluang keemasan yang diberikan pencipta, Allah yang Pengasih dan Penyayang. Hanya kepada umat Nabi terakhir, Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., bukan kepada umat-umat nabi terdahulu yang bertubuh besar, gagah perkasa dan panjang umurnya .

Ya, insan kerdil dengan jangka umur yang pendek seperti aku amat memerlukan belas kasihan dari Rabbul Jalil. Oleh kerana kasihnya Allah pada Junjungan Besar Nabi Muhammad, maka dikurniakan bulan yang mulia, bulan Ramadhan kepada kekasihnya dan tempiasnya dapat kepada aku umatnya.

Masjid lama Kampung Padang Serai..Banyak kenangan Ramadhan aku di masjid ni...

Semua kebajikan digandakan buat kita dibulan ini. Semua amalan sunat digandakan pahalanya seperti amalan wajib. Manakala amalan wajib digandakan sebanyak 70 kali. sepertimana kata ustaz dalam ceramahnya, sekiranya kita bersedekah pahalanya seperti membayar zakat dan sekiranya kita membayar zakat/nafkah digandakan menjadi 70 kali ( contoh bayar zakat RM 1000 sama dengan pahala kita berzakat RM 70,000..!!!! ) Tapi yang paling penting sekali niat atau hati kita...." Innamal a'malu binniat" yang bermaksud Hanya sesungguhnya segala amalan itu dengan niat. Tak lupa juga anugerah " Lailatul qadar" dari Allah buat kita.
Dengan kedatangan Ramadhan yang mulia ni, aku menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan buat Bapak yang disayangi Haji Amir, Isteri yang dicintai, anak-anak, kaum keluarga, sanak saudara, kawan-kawan, jiran-jiran dan tak lupa juga semua pengunjung blog Anak Haji Amir...Semoga kita semua mendapat keberkatan....

***Entry yang sama tahun-tahun lepas...

Jumaat, 20 Jun 2014

Penang War Museum



Cuti sekolah yang baru lepas, keluarga Kak Ros ada datang ke Penang. Datang pun sekejap je sebab Abang Lang ada tugas kat USM. Pini dan Imah pun ada datang tapi masa kami pi Muzium Perang ni diorang dah balik.
Tak tahu nak bawak diorang pergi mana, teringat pulak ada War Museum kat Batu Maung, terus la pergi kat sana. Mulanya ingatkan free ataupun murah macam Muzium kat Malaysia yang lain, tapi mahal gak RM 20 untuk dewasa dan RM 10 untuk kanak-kanak. ( Komen aku-memang ok untuk kita mempelajari tentang sejarah negara kita sendiri, tapi kalau orang tu datang dengan anak-anak yang ramai dan orang yang tak berkemampuan memang agak membebankan )

Walaupun dimomokkan dengan cerita seram yang dikaitkan dengan tempat ni, kami semua tetap bersemangat dan berani..! Tapi agak terkilan sebab datang dah lambat 5.30 lebih, sebab tak sempat nak habiskan lawatan...hehehe

Semua bersemangat...!

Salah satu terowong yang ditutup, katanya banyak binatang berbisa...tapi ada yang kata banyak sangat gangguan...

Selfi di tempat meriam..meriam ni dimusnahkan pihak british supaya tak digunakan oleh Jepun..
Berek pegawai yang mengendalikan meriam...2 pintu bilik yang ditutup sebab katanya terlalu kuat gangguan sampai kena histeria kalau masuk ( sebab ramai orang dibunuh tentera jepun di sini..

Meriam ..

Tempat tentera jepun 'Potong kaparraaa..'


Diantara berek tentera..( ada untuk tentera British, ada untuk Melayu dan Gurkha )

Bagus berek dia, semua ada ventilation holes untuk pengaliran udara..( basikal Jepun ).

Bekas terkena hentaman Bom dari kapal terbang Jepun...

Selfi kat tangga pulak...

Diantara tangga asal...



Katanya patung-patung ni digantung sebab malam malam banyak Langsuir beterbangan..??



Salah satu terowong...


Meriam...


Anak saudara dan bapak saudara...

Angah...

HAbis dah...walaupun tak habis meneroka..








Ruang simpanan barang yang agak keras kerana dijadikan tempat meletak mayat masa pendudukan jepun...Patung yang dibuat kat atas bumbung tu dikatakan dibuat berdasarkan makhluk yang menjelma semasa proses pemuliharaan sedang dijalankan..

Memang best, tapi kena kuat stamina kalau nak datang sini, banyak tangga yang nak dilalui dan terowong yang nak dipanjat... Akan datang lagi dengan keluarga nanti, dan nak datang awal sikit supaya sempat menghabiskan penerokaan..

Ada satu berek yang dihias dengan kayu-kayu dan langsir, katanya disitu paling keras sebab tempat mayat-mayat dibakar tentera Jepun....( gambar tak ambik ) Dan Muzium ni diantara 10 tempat paling berhantu di Asia ( oleh National Geography )

**Jangan la takut nak datang, sebab yang berkuasa hanyalah Allah S.W.T...!






Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails