Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 16 Mei 2013

Selamat Hari Guru


Gambar Naufal & Nabil lama...
Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.

Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.
Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.

Jawab Imam Shafie " Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.

Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu" Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.

Rasulullah s.a.w bersabda:

" Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami." (Riwayat Ahmad)

***Selamat Hari Guru buat semua guru di luar sana terutama sekali semua cikgu-cikgu aku dari aku sekolah rendah sampai sekolah menengah, para pensyarah termasuk juga cikgu-cikgu anak-anak aku di Sekolah Mutiara Perdana dan semua adik-adik dan abang ipar yang bergelar guru...

***Terima kasih pada Cikgu Raja Iskandar.( cikgu yang mengajar aku ekonomi masa tingkatan enam di SMAB, Sitiawan )...Cerita ni di ambil dari wall beliau...

***Dua hari sudah, Naufal dah siap tanya nak beli hadiah apa untuk cikgu dia...Hari ni diorang dah ada hadiah untuk cikgu diorang, sorang satu....

Selasa, 7 Mei 2013

Hari Mengundi

Hari tu selepas sembahyang subuh di masjid Padang Serai, kami pergi makan pagi di Pengkalan Baru. Rasa bersemangat betul. Lepas mandi ( rasa macam mandi sunat raya aidilfitri pulak..hehehehe ) dan bersiap, kami sekeluarga ( seramai 5 orang yang layak mengundi )bertolak ke tempat mengundi dalam lebih kurang pukul 9 pagi.

PRU12 yang lalu kami pergi lebih awal yang mana masih belum ramai orang lagi, tapi kali ni kena berbaris panjang dan memakan masa lebih kurang 1 jam setengah untuk mengundi...

Undi adalah rahsia k...hehehhe

Undi adalah rahsia, aku rasa orang tak boleh tahu aku undi apa bila tengok baju aku ( rasa macam over la pulak...hehehehe ) Bersama abah...

Di pusat pengundian, berbaris panjang...Jumpak juga la kawan-kawan lama..

Ramai tu...

Tanda yang kami dah mengundi, Abah awal-awal lagi dah cuci dakwat yang dikatakan 'KEKAL'...ooo dia tak goncang tu...

Kami bergambar setelah selesai, Aik kenapa abah tertukar baju dengan aku ni tungguuu...hehehe...Siap dapat duit lagi?


***Apapun aku redha...Mungkin ada hikmah disebalik sesuatu yang terjadi...

Jumaat, 26 April 2013

Tazkirah, Kisah 50sen

 Kisah ni aku ambil dari sini, link
"Kenapa Alif tak rehat ? "

Jawab alif, "Mak saya beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dapat beli nugget je sekeping. Malu... la cikgu beratur panjang2 dapat beli nugget je. Jadi saya kumpul duit hari ini untuk makan hari esok. Jadi saya dapat la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Saya kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu "

Alif tertunduk malu.

Perasaan saya mula bercampur baur, sedih dan sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yang membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bagi pelajar ini 50 sen sangat besar ertinya.

Saya tanya lagi,


"kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?"

"Oh hari jumaat duit 50 sen ni saya sedekah masa bacaan yasiin cikgu."


Jawab Alif dengan bersahaja.

"Mak saya kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah.."

Mata saya dah berkaca... Saya terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini.. luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.

Huh macam terpukul sungguh saya, bayangkan duit 50 sen yang diberi untuk makan, dia infakkan 50 sen untuk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasiin.

Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan saya dengan pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.
*** Cerita ni aku ambik dari sini,Islam Agama Ku's
*** Menginsafkan di pagi-pagi jumaat ni...

Selasa, 16 April 2013

Untuk Kebaikan Bersama

Aku tak sangka apa yang aku tulis beberapa minggu sudah akan mendatangkan kontroversi macam ni. Memang dah menjadi tabiat aku, di blog ni lah tempat aku meluahkan segala perasaan, samada sedih, suka, duka, gembira dan tak puas hati. Dan memang jenis aku yang kalau boleh tak nak menulis benda-benda yang negatif kerana ni adalah blog keluarga aku, tempat semua suka-duka kami sekeluarga di kongsi bersama di sini. Tapi memandangkan kita ni hidup di dalam dunia, yang mana realitinya kalau ada baik mesti ada jahat. Kalau ada hitam mesti ada putih. Kalau ada wangi mesti ada busuk. Kalau ada cantik mesti ada buruk. Itu realitinya...Dan aku memang hidup di alam realiti dan bukan fantasi. Yang mana mungkin tak semuanya dipenuhi dengan segala yang indah-indah, cantik-cantik dan wangi-wangi tapi jugak yang buruk-buruk...Itu realiti..! Ya realiti kehidupan..

Tak salah rasanya aku meluahkan apa yang terjadi disekeliling aku dalam skop dan pandangan aku sendiri. Walaupun aku sedar dan tahu tak semua pandangan atau persepsi kita tu betul dan benar. Tapi itulah realitinya...Bak kata pepatah melayu, "Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain", atau "Lain padang, lain belalang"....Jadi sudah semestinya pandangan setiap seseorang tu berbeza daripada orang lain. Itulah keindahan dalam kehidupan.

Bukan niat aku nak mencetruskan kontroversi, apatah lagi sengaja memancing pembaca yang mana sejak dari semalam pengunjung yang membaca post yang 'kontroversi' tu lebih dari 300 orang pengunjung semalam ( walaupun ini kira sedikit la )...

Jadi di sini aku memohon maaf kepada sesiapa yang tersinggung, tersentuh, marah, geram dan mungkin ada yang rasa difitnah...Dan aku dengan rasminya telah memadamkan post 'tersebut' dari blog ini, sebelum keadaan menjadi lebih buruk..

***Lebih baik mengalah....

Khamis, 4 April 2013

Pekena Nasi Arab

Setelah lama mendengar tentang kesedapan nasi arab ni, minggu lepas baru aku berpeluang untuk merasa kelazatannya bersama keluarga. Tu pun selepas pusing empat lima kali mencari tempat nasi arab tu ( oleh kerana kami tak tau nama restoran tu, jadi bila carik dalam gps tak bagi detail ). Akhirnya sampai jugak kami di Restoran Nasi Arab Qasar Hadramawt, Bandar Perda.

Kami datang bersama MIL dan sorang anak sedara, Syafiq...FIL tak ikut, tapi kalu dia tahu kami nak datang sini mesti dia nak ikut...hehehe

Signboard kat luar yang kami tak perasan...

     Ni pulak entrance kat dalam...



Bahagian dalam...



Nasik hujan panas berlaukkan kambing 1 kilo...

Nasik setimbun dalam pinggan sebesar talam...

Mula-mula nampak macam banyak, tapi habis jua...

Memang terbaiklah...nanti buleh datang lagi..

Ni yang cik wife aku punye bahagian....hehehe


***Lain kali kita datang lagi...
***Gambar yang atas-atas tu ihsan dari google...

Selasa, 2 April 2013

Ayam Percik Mak MertuaKu

Hari sabtu yang lalu, kami ke rumah MIL. Diorang merancang nak buat ayam percik ala-ala 'kelantan style'. Semua anak beranak turun untuk menjayakan aktiviti tersebut... Aku tak buat apa pun sebab semua ayam, rencah-rencah dibuat oleh orng perempuan. Aku cuma tolong bakar je...

Ayam percik ni tak sama dengan ayam percik belah utara ni, dia berkuah putih. Aku pernah makan masa duduk kat Kelantan dulu ( masa praktikal )

Apa-apa pun rasa dia memang terbaik...!

Ayam yang hendak dipanggang...beserta dengan kuah percik..ayam ni dah pun direbus terlebih dahulu..

Bakar pastu letak kuah pastu bakar lagi, berulang-ulang sampai masak...

Bebudak yang memang tak sabar-sabar nak makan...Dari kiri, Naufal dan Syahirah, Uqaiel yang naik buai, Safatullah dan Nabil dan Mie dan Cik In...

Dibantu oleh adik ipar, Tie..

Tukang panggang...gelap...panas wooo..

Aku dan biras, Mi...makan sampai tak toleh kiri kanan dah..

Time makan, ayam percik...memang best, gambar bawak FIL ( father in law )

Naufal, Nabil dan sepupu, Syahirah...

Tentang rasa tak payah cakap banyak la, bebudak pun kata best..

***Terima kasih buat MIL dan semua IL....
***Ehem..ehem...bila nak buat lagi....hehehehe


Isnin, 25 Mac 2013

Hari keluarga Haji Amir-Ucapan Untuk Abah

Sebenarnya idea untuk membuat ucapan ni datangnya daripada Kak Lili dan untuk ditayangkan kepada abah semasa Family day ari tu...Semua kesepuluh anak-anak Haji Amir bersungguh-sungguh untuk menyiapkan tugasan iaitu memberikan ucapan kepada ayahanda yang tercinta...

Jom layan....Sila klik link
http://youtu.be/Sc47rUzUOtI

Sepatutnya semua ucapan bertemakan ceria, tapi bila tengok Ijal punya video, air mata ni menitis jugak...Terbaik dari semua..
***Terima kasih untuk semua adik-beradik
*** Terima kasih untuk adik Faiez yang edit semua video ucapan kami sekeluarga..

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails