Member Kamcing Anak Haji Amir

Jumaat, 7 September 2012

Cerita Hari Raya-Di Bota


Selepas bertolak dari Bagan Datoh, kami menuju ke rumah lagi seorang anaksaudara abah di Bota, Abang Deris..Perjalanan terasa amat jauh oleh kerana jalan jem yang teramat mengalahkan jem masa nak naik jambatan Pulau Pinang disebabkan hujan lebat..ke sebab kereta banyak sangat datang beraya.. Setelah berhempas-pulas memandu, sampai le ke destinasi, rumah Abng Deris...

Bila sampai je, kami semua lebih terarah kepada Mural yang dilukis oleh Abang Deris di dinding rumah dia daripada menjamu selera dengan makanan yang sedap yang disediakan. Mula-mula, Furqan la yang memulakan langkah pertama bergambar berlatarbelakangkan mural Abang Deris.


Abah bersembang bersama Abang Deris...

Furqan, yang memula mencetuskan fenomena...

Angah, Furqan dan Faiez..

Semua lelaki....

Menyakat Pinny dan Imah dengan mulut itik..

Faiez dan Along buat gaya ala-ala comel...



Satu family, yang takde Daud, Ijal, Kak Lili...

Naufal, macam real je...

Imran, Uqaiel dan Naufal...

Bapak dan anak-anak...

Kak Ros dan Aina dan Kak Linda dan Basyirah..

Adik Faiez...

Imah dan Pinny, bergambar di tepi pantai kononnya..

Imah, Fildza dan Pinny..

Along...menung apa..

Basyirah dan Aina..


***Dah puas bergambar, baru menjamu selera...Masjid pun depan rumah je...best...Lepas Maghrib bertolak ke rumah Kak Yah dan Kak Munah...Memang beraya sakan la...Letih tapi berbaloi-baloi..!!!

Bila Hujan Turun

Gambar ihsan google...
"Dua tiga hari ni cuaca buruk je, tiap-tiap hari hujan " Kata budak offis aku. Soalnya, kenapa bila kerap hujan dikatakan cuaca buruk? Selalu di kalangan kita yang mengeluh bila hari hujan.

" Bau hapak la baju sebab tak kering kalau asyik hujan je.."
" Tiap-tiap hari hujan...susah la mcm ni.."
" Payah nak buat apa-apa kalau hujan.."


Tapi lebih baik segala kata-kata tadi digantikan dengan doa : "Allahumma soi*yiban nafi'a**" (Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).


* ( dibaca dengan huruf Sod )
** ( dibaca dengan huruf Ain )


Sebenarnya hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya)." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.
1. Membersihkan udara
2. Menyubur tanaman
3. Membekal air ke empangan
4. Menurunkan suhu yang panas menjadi sejuk..

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Sedarkah kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia. Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, doa mustajab. Sekarang ini, di tempat kita hampir tiap-tiap hari hujan. Tiap-tiap hari ada masa untuk doa menjadi mustajab. Kenapa lepaskan peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka.

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru hari ini kita tahu, bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada kita sekarang ini ada sebabnya, ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi. 

"Dan Kami turunkan hujan dari langit dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia tersimpan di bumi; dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa melenyapkannya." (Al-Mukminun : 18)"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air dan pemindah benih; maka  dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit, kemudian kami berikan kamu meminumnya; dan bukanlah kamu yang (berkuasa menurunkannya atau) menyimpannya." (al-Hijr : 22)
Semoga ada iktibar untuk peringatan kita. Maka, BERDOALAH. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Dan semoga, hari esok akan lebih baik. 

***Diedit dari emel yang dihantar kepada aku, semoga menjadi iktibar buat diri aku sendiri...

Rabu, 5 September 2012

Cerita Hari Raya-Beraya di Bagan Datoh

Pada hari raya kedua, memang sakan kami berjalan menziarahi sanak saudara...Memang abah bercadang untuk pergi beraya di rumah anak saudaranya di Bagan Datoh. Pukul lapan lebih dia dah bising-bising tanya semua orang nak pergi ke tidak...Memang dah tau perangai abah, kalau nak pergi kena bersiap awal-awal...

Pukul sepuluh lebih jugak la kitaorang bertolak dari rumah. Jalan memang jem selepas ada satu jambatan tu. Selepas drive 2 jam lebih kami pun sampai ke destinasi...

Bila sampai, terus ke rumah Kak Rosminah..Kami dilayan dengan best..! Semua makanan sedap-sedap, sementelah pula kami sampai time makan tengahari...Ketupat beras, rendang, sambal tumis sotong, tomyam dan buah-buahan....

Semua makan dengan tekun, setelah penat memandu...

Huloq jangan tak huloq...


Selepas seketika, kami terus ke rumah Abang Jamari ( yang berdekatan rumahnya ) Macam biasa kami disambut dengan meriah dan ramah mesra dari abang Jamari, Isteri dan anak-anak. Ingat lagi dulu, masa kecik-kecik kalau Abang Jamari, Arwah Abang Sujak datang ke rumah, diorang akan carik kami sampai ke dapur, katanya mesti kiena kenal dengan adik-beradik ( kami kecik-kecik memang pemalu, kalau ada orang datang memang tak keluar )

Kat sini pun kami dijamu dengan pelbagai hidangan lazat, pecal, nasi impit, soto dan biskut-biskut raya.

Acara makan-makan sampai tak ingat dunia, asyik ingat akhirat je...hehehehe




Haji Amir dan anak saudara, Abang Jamari..

Along, terperanjat kot, tengok makanan lazat-lazat...

Orang perempuan ala-ala Mak Datin low profile ( sebab duduk bawah )

Angah dan Furqan...

Bersembang sakan, setelah setahun tak jumpa..( kami hanya mampu dengar dan senyum kerana tak faham bahasa JAWA- rugi pulak rasa )

***Memang terima kasih yang tak terhingga pada saudara di Bagan Datoh di atas layanan yang memang first class..!!! Hilang semua penat lelah memandu selama dua jam lebih...InsyaAllah kita akan berjumpa lagi ditahun depan..InsyaAllahh...!!!

Selasa, 4 September 2012

Cerita Hari Raya- Pagi 1 Syawal

Pagi raya memang best sekali perasaan menusuk kalbu... Riuh rendah anak-anak berebut nak mandi, nak bersiap memakai baju baru... Yang perempuan pulak sibuk di dapur menyediakan juadah sebelum menunaikan Sembahyang sunat Aidil Fitri...Disunatkan makan dulu sebelum bersembahyang...

Masa ni la semua berebut-rebut nak bersalaman dengan Abah...Aku, lepas sembahyang baru berkesempatan memohon maaf kepada Abah dan adik beradik yang lain....Tapi isteri tercinta dah pun awal-awal lagi memohon keampunan...hehehehe....touching sungguh pagi-pagi raya ni...berlatar belakangkan alunan takbir dari masjid yang hanya sekangkang kera dari rumah...Memang syahdu...!!!

Safwan bersalaman dengan Tok Wan...

Bergambar bersama Abah...ni baru permulaan je...

Siapkan anak teruna bersampin...Nabil...



Furqan, Adik dan Abah....lepak-lepak dulu...

Imah dan Pinny....anak dara Haji Amir...

Safwan, diapit oleh mak saudara vouge...

Aku dan famili...

Kak Lili dan famili...

Pinny, kak Lili dan Imah...


Abah dan anak-anak yang ada di raya pertama dari kiri, Imah/Fatimah, Kak Long/Faizah, Abah?Haji Amir, Kak Lili/Fazliah, Pinny/Fazni.
Dibawah, Adik/Faiez, Aku/Fadzli, Daud/Firdaus 
( tanpa Kak Ros, Kak Linda dan Ijal )

Haji Amir bersama anak-anak, menantu dan cucu...Formal..

Free stail...

Anak-anak Haji Amir yang bujang-bujang...

Bergambar di tepi sungai rumah Mak Lang Rosnah, menggayakan gaya Usain Bolt...
***Lepas puas bergambar ( abah pun dah bising-bising ) baru pergi berjalan ke rumah Mak Lang, Cikgu Yatim dan Opah....hehehehe...habi kisah satu hari di hari raya..!!!

Cerita Hari Raya- Bertakbir di malam raya..


Seperti biasa, tiap malam raya, anak-beranak Haji Amir la yang memenuhi masjid kat kampung ( Walaupun memang ramai lagi orang kampung yang datang ) Selalunya selepas Isyak, bila orang semua dah balik, kami anak beranak akan bertakbir kat masjid menggunakan microphone masjid sampai habis suara...hehehehe... Sementelah pula aku beraya di kampung aku tahun ni, aku la yang jadi kepala.

Jom saksikan gelagat anak-anak dan cucu Haji Amir....


Izzat dan Naufal...

Irfan pun ada gak ...

Aku dan Adik Faiez...

Baca FB ka baca "kutukan" sambil bertakbir..Adik Faiez dan anak sedara, Ayman...


Izzat pun cuba bertakbir...punya feel sampai tutup mata..

Walaupun menjadi kepala, sempat lagi mengupdate facebook tu....

Irfan, sempat lagi tunjuk lubang hidong....

Safwan tersengehh....

Ayman, siap baca lagi...kat belakang, Furqan...


***Mula-mula memang tak nak mula awal atas sebab-sebab "tertentu"..Tapi memandangkan ada bebudak muda main mercun kat jalan, pom pam,pom pam....terus takbir kuat-kuat...

***Masa selepas Isyak, Pak Lang Hasyim dah pesan supaya takbir kuat-kuat, lawan bunyi mercun dan meriam yang orang main...

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails