Petang-petang sebelum balik, layan Ustaz Akill Hayy sat....( masa kumpulan D'Riyard )
***Rock kapak sungguh....!!
Kini semuanya hanyalah tinggal kenangan. Tak mungkin dapat diundurkan masa...Moga kita bertemu di Syurga dengan izin Allah...
Member Kamcing Anak Haji Amir
Rabu, 1 Ogos 2012
Isnin, 30 Julai 2012
Mari Melukis: Episod Buat Kad Raya
Agak sibuk diwaktu-waktu yang begini...Masih lagi berkesempatan untuk melukis. Nak dekat nak raya ni ( dekat dah ka..) mula la nak menghantar kad raya. Jadi kena la buat lukisan sikit untuk kad raya tu...Memang dulu-dulu (masa bujang ) buat sendiri kad raya 100%, lukis, kad, tulisan...Tapi sekarang ni tak sempat la, sementelah pulak banyak yang nak dihantar, jadi aku hanya lukis lepas tu print dan tampal atas kad raya saja...
Jom kita belajar melukis....
Dimulakan dengan Bismillah....dan dengan menggunakan pensel mula buat lakaran luaran apa yang kita nak lukis di atas kertas lukisan water colour...
Lepas tu detailkan setiap subjek yang kita lukis, mulakan dengan muka dulu sebab kalau muka hancus, baik tak yah buat badan hehehehe.......Naufal...
Aku la....memang tak reti nak lukis muka sendiri...
Cik Wife...
Uqaiel....
Last sekali, Nabil....
Siap semua muka yang kita nak lukis.....
Bila dah siap muka baru detailkan badan ...dan masukkan sekiranya nak masukkan apa-apa tulisan...Tahun ni aku nak tulis jawi pulak....
Lepas tu mulakan mewarna, macam tadi jugak mulakan dengan muka dulu... ikut la medium warna apa yang kita suka...aku guna water colour je...
Bila dah siap muka, warnakan baju....
Masukkan kerawang-kerawang atau sulaman sikit pada baju orang perempuan, takkan plain je....
Warnakan tulisan Selamat Hari Raya pulak...
*** Belum siap lagi....relek dulu.....Nanti kita tengok kesudahannya..dengan Uqaiel pijak alatan melukis la, Nabil dan Naufal tumpang melukis jugak la......Rehat sekejap...
Sabtu, 28 Julai 2012
Pagi-pagi
Layan Ustaz Danial Zainal Abidin kat TV9.....dengan tajuk jauhi sombong...
"No man is a complete island.."
Malas nak tulis panjang-panjang.......
Hehehehe...ari ni tak kerja, nak relax sikit sebelum buat kad raya....next next entry....

Jumaat, 27 Julai 2012
Ragam Puasa
Dah masuk hari keenam kita semua berada dibulan Ramadhan. Macam-macam kerenah kat rumah, budak-budak la. Macam hari rabu lepas kami sekeluarga terlambat bangun untuk bersahur, sedar-sedar dah pukul 6. Samada alarm handphone tak berbunyi atau kami yang tidur mati..!...hehehehe...nasib baik la hari rabu Naufal takde KAFA, leh balik awal. Siap sehari lepas tu Abah tolong kejutkan dengan call dari kampung....hhehehehe....Tapi diorang ( Naufal dan Nabil ) steady, puasa penuh setakat ni tak tinggal lagi....
Walaupun baru hari keenam berpuasa, tapi dah pun mendengar lagu raya. Tak macam dulu lagu raya hanya berkumandang di corong radio pada 15 hari berpuasa dan amatlah dinanti-nanti oleh semua. Sekarang ni boleh dengar bila-bila, pada hari raya cina sekalipun..!...hehehe.....Adik aku, Faiez puasa pertama dah pun dengar ( masa dia balik kampung menaiki motor ). Kira aku ni ok la jugak...
Tiga hari lepas, sambil dengar lagu raya sambil aku SMS adik-beradik aku tanya diorang tengah dengar lagu raya ke...Kak Long siap jawab, aik baru puasa dah dengar lagu raya, dia kata dia tengah dengar bacaan Quran Sheikh Mishary.......Insaf jap aku, terus tutup lagu raya, bukak bacaan quran........
Tapi tak boleh lama, terus mengantuk...hehehehehe...( tu masa Syaitan takdak tu )....
Waktu berbuka dan bersahur biasa-biasa saja, makanan tak pernah tak habis semua licin....Anak-anak tak banyak songeh, diorang makan apa je yang ada, tapi kena ada telor...hehehehe...
Banyak pulak songeh...oklah sambung lagi nanti...Selamat Berpuasa..!!!

Sabtu, 21 Julai 2012
Hari Pertama
Alhamdulillah....
Allah panjangkan umur kita untuk sampai ke bulan Ramadhan tahun ni. Dah pun lewat petang, lebih kurang 45 minit lagi kita semua akan berbuka puasa untuk hari yang pertama ni. Selalunya kalau hari pertama berbuka, juadahnya agak grand dari hari-hari biasa, selalunya la...
Aku hari ni tak tahu la makan apa,( konon baget apa yang ada atau terhidang tu la yang menjadi santapan ), sebab hari ni aku berbuka di rumah mertua jadi tak tahu la apa yang diorang masak. Tapi aku dah terbau udang goreng yang menyiksa batin...hehehhehe...
Naufal dan Nabil jugak berpuasa pada hari pertama hari ni. Walaupun kelihatan agak lemah tapi masih boleh aktif berlari-lari dan nak berbasikal....memang best la diorang ni..!

Udang BBQ, ni masa kat kampung dulu...
Kalau kat kampung, mesti abah akan sembelih ayam...
Ok lah, selamat berbuka semua...!!!!
Jumaat, 20 Julai 2012
Siapa Di Luar..?
Selamat Datang Sayang...!!
Kekasih ku datang lagi..
Ramadhan....
Ya, Ramadhan datang lagi menjengah. Memberi peluang kepada insan kerdil seperti aku mengumpul sebanyak mungkin pahala dan peluang keemasan yang diberikan pencipta, Allah yang Pengasih dan Penyayang. Hanya kepada umat Nabi terakhir, Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W., bukan kepada umat-umat nabi terdahulu yang bertubuh besar, gagah perkasa dan panjang umurnya .
Ya, insan kerdil dengan jangka umur yang pendek seperti aku amat memerlukan belas kasihan dari Rabbul Jalil. Oleh kerana kasihnya Allah pada Junjungan Besar Nabi Muhammad, maka dikurniakan bulan yang mulia, bulan Ramadhan kepada kekasihnya dan tempiasnya dapat kepada aku umatnya.
Semua kebajikan digandakan buat kita dibulan ini. Semua amalan sunat digandakan pahalanya seperti amalan wajib. Manakala amalan wajib digandakan sebanyak 70 kali. sepertimana kata ustaz dalam ceramahnya, sekiranya kita bersedekah pahalanya seperti membayar zakat dan sekiranya kita membayar zakat/nafkah digandakan menjadi 70 kali ( contoh bayar zakat RM 1000 sama dengan pahala kita berzakat RM 70,000..!!!! ) Tapi yang paling penting sekali niat atau hati kita...." Innamal a'malu binniat" yang bermaksud Hanya sesungguhnya segala amalan itu dengan niat. Tak lupa juga anugerah " Lailatul qadar" dari Allah buat kita.
***Panjang pulak aku tulis ni...hehehe

Sekadar hiasan, Masjid Kampung Seronok, Bayan Lepas..
Dengan kedatangan Ramadhan yang mulia ni, aku menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan buat Bapak yang disayangi Haji Amir, Isteri yang dicintai, anak-anak, kaum keluarga, sanak saudara, kawan-kawan, jiran-jiran dan tak lupa juga semua pengunjung blog Anak Haji Amir...Semoga kita semua mendapat keberkatan....
Langgan:
Catatan (Atom)