Member Kamcing Anak Haji Amir

Khamis, 11 Ogos 2011

Ragam Puasa

Dalam bulan puasa ni pelbagai ragam yang dapat aku tengok dan dengar. Daripada mak bapak sampai le ke anak-anak. Di sini dihidangkan sketsa benar tentang apa yang di lalui oleh anak-anak semasa bulan puasa.


Main bunga api ( gambar tahun lepas )

Nabil

Abah : Nabil puasa hari ni? ( hari pertama puasa )

Nabil : Nabil kuasa ( dia cakap puasa, KUASA ), cikgu bagi makan bihun kat sekolah...( dengan selamba je )

Naufal

Abah : Naufal puasa hari ni? ( hari kedua puasa )

Naufal : Kuasa( sama macam nabil )...Naufal minum air sikit je kat sekolah...dahaga...
( pun dengan selamba )

Irfan ( sepupu diorang )

Kak Lili( ummi Irfan) : Masa mandi, Irfan minum air ye?

Irfan : Mana Ummi tau......( dengan rasa ingin tahu )



*** Satu lagi ragam ialah, kena cirit-birit sebab beli makanan kat Pasar Ramadhan.....ulang ke Toilet 4-5 kali...tapi bila siang, puasa dah ok....( ini bapak punya ragam )

Rabu, 10 Ogos 2011

Hangin Satu Badan

Semalam aku dan wife ambil cuti untuk mendaftar Naufal masuk sekolah. Dua minggu lepas kami terima surat dari Jabatan Pelajaran yang memberitahu tempoh masa sebulan untuk kami mendaftarkan Naufal.



Selepas hantar Uqaiel ke rumah pengasuh, kami bertolak ke sekolah. Selepas selesai urusan pendaftaran Naufal ( yang tak sampai lima minit ), kami bertanyakan tentang kemasukan ke Pra Sekolah, untuk Nabil. Kami diarahkan untuk ke kelas pra yang terletak di tingkat bawah untuk mengambil borang. Selepas mendapatkan borang, kami ingat nak terus isi dan hantar, rupa-rupanya kena ada cop dan tandatangan majikan pulak dah. Yang paling teruk sekali nak masuk pra sekolah pun kena dapatkan cop dan tandatangan dari Ahli Dewan Undangan Negeri/ adun/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Jaksa Pendamai atau Pegawai Kerajaan Kelas A.


Ok la, tak mau cakap banyak sebab kami ambil cuti untuk settlekan apa yang patut. Terus google cari kat mana Pejabat Adun yang terdekat ( bukan apa kalau kat kampung tu memang tahu kat mana pejabat penghulu, kat mana rumah ketua kampung, tapi ni kat Pulau Pinag )..


Bila dah dapat, terus telefon nombor yang diberikan. Menurut pembantu ADUN tersebut, YB keluar sebab ada kematian dan kalau nak jumpa jugak datang esok, sedangkan waktu tu baru pukul sepuluh lebih je. ( amboi, perihatinnya YB tu, sehari suntuk duduk kat rumah orang meninggal sampai tak masuk office ). Kalu nak pergi pejabat ADUN pakatan memang banyak, tapi nanti pihak sekolah tolak pulak permohonan kami.


Nak ambil tandatangan bos cik wife, dia pulak ke KL bermesyuarat. Nampaknya kena ambil cuti lagi la untuk selesaikan pendaftaran Nabil ni. Bukan kami tak mintak awal-awal borang ni, masa nak mula register Naufal ( bulan MAC ) lagi dah mintak, tapi pihak sekolah kata tunggu bulan lapan, diorang bagitahu.


Yang paling di musykilkan sekali, apa rasionalnya nak masuk pra-sekolah pun nak kena tandatangan dan cop ADUN/Penghulu semua tu. Lain la kalau nak masuk universiti ka, kolej ka. TAk masuk akal betul.!..Ni la yang dikatakan birokrasi yang memang menyusahkan rakyat. Siapa tak tau jadi menteri pelajaran ni....





***Memang hangin satu badan..!!!

Isnin, 8 Ogos 2011

Kita hanya Merancang



"Kita mampu merancang, Hanya Tuhan menentukan,



Tak perlu dikisahkan...."






***entry ringkas dan padat ....

Sabtu, 6 Ogos 2011

The Italian Who Went To Malta

( Must read with Italian accent )

One day, ima gonna Malta to bigga hotel. Ina morning, I go down to eat breakfast. I tella waitress I wanna two pissis toast. She brings me only one piss. I tella her, I want two piss. She say go to the toilet. I say you no understand, I wanna to piss onna my plate. She say you better no piss onna plate, you sonna ma bitch. I don't even know the lady and she call me sonna ma bitch.

Later I go to eat at the bigga restaurant. The waitress brings me a spoon and knife but no fock. I tella her I wanna fock. She tell me everyone wanna fock. I tell her you no understand. I wanna fock on the table. She say you better not fock on the table, you sonna ma bitch. So I go back to my room inna hotel and there is no shits onna my bed. Call the manager and tella him I wanna shit. He tell me to go to toilet. I say you no understand. I wanna shit on my bed. He say you better not shit onna bed, you sonna ma bitch.

I go to the checkout and the man on the desk say, " Peace on you". I say piss on you too, you sonna ma bitch. I gonna back to Italy.


*** Aku tak tau sape la yang reka menda alah ni...apa-apa pun aku gelak sampai berguling-guling.....

Jumaat, 5 Ogos 2011

InsyaAllah, aku sampai esok ke Kampung

Setelah segala perancangan lebih 3 minggu lalu iaitu sebelum bulan ramadhan lagi, akhirnya InsyaAllah esok kami sekeluarga akan berkumpul beramai-ramai di rumah Ayahanda Haji Amir di Kampung Padang Serai. Dengarnya Daud dan Imah dah sampai ke kampung dan Adik yang sedang cuti semester memang lepak dengan abah kat kampung.




Rasa tak sabar untuk bergotong-royong bersama-sama menyiapkan juadah berbuka, sementelah pula malam esok ( sabtu malam ahad ) adalah 'turn' keluarga Haji Amir buat moreh di masjid, lagi meriah la jawabnya. Kami bercadang untuk masak mi kari pada malam tu.

Keli bakar menu tahun-tahun sudah


Begitu juga dengan ayam panggang


Suasana berbuka keluarga Haji Amir...Meriah...


Ni pulak semasa sembahyang terawih...




Diantara menu berbuka yang telah disepakati bersama ialah,


1) Steamboat


2) Ikan keli bakar


3) Ayam masak merah


Yang tu kira hidangan utama la, yang lain-lain samada nak beli atau buat sendiri terpulang kepada masing-masing.


Kepada seluruh penduduk kampung, jom kita mengimarahkan Masjid Padang Serai berjemaah solat fardhu dan solat terawih. Lepas tu kita makan mi kari....Jom!!




***Semoga Allah merahmati perjalanan setiap ahli keluarga yang nak balik esok dan selamat pulang ke tempat masing-masing hari berikutnya.

Puasa Bukan Bulan Pesta atau Adat Tahunan

BEBERAPA hari memasuki Ramadan, kelihatan suasana baru yang tidak dilihat pada bulan lain. Antaranya, jualan juadah Ramadan bermula jam 4 petang hingga menjelang waktu berbuka dan kemeriahan di masjid dan surau ketika solat sunat Tarawih.

Apa pun, umat Islam perlu benar-benar memahami falsafah puasa selaras al-Quran dan sunnah serta mengelakkan daripada menjadikan puasa hanya sebagai pesta dan adat tahunan.


Antara ciri tingkah laku perlu dijauhi dan dihindarkan kerana ia menjatuhkan martabat puasa dan kemuliaan Ramadan ialah:


+ Menyempitkan skop puasa hanya menahan makan dan minum pada siang hari sedangkan mata, hati dan lidah tidak ditahan daripada melakukan dosa.


Rasulullah SAW bersabda, bermaksud: "Barang siapa tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala berpuasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan minumannya," (Riwayat Al-Bukhari).


+ Berpuasa pada siang hari saja daripada melakukan dosa dan maksiat. Selepas berbuka segala kegiatan maksiat seperti mengumpat, merokok, mencaci, melakukan zina mata diteruskan seperti biasa.


+ Berlebih menyediakan juadah berbuka puasa hingga melakukan pembaziran. Allah berfirman: "Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara kepada syaitan," (al-Isra':27)


+ Berlebih makan ketika berbuka hingga meletihkan badan dan menghalang daripada melakukan ibadat pada malamnya.


Sikap bersederhana Rasulullah SAW ketika berbuka perlu dicontohi seperti maksud hadis: "Rasulullah SAW berbuka dengan kurma basah (rutab) sebelum solat dan sekiranya tiada rutab, maka tamar dan jika tiada, Baginda meminum beberapa teguk air," (Riwayat Abu Daud, Ahmad & Al-Tirmidzi)


+ Malas menghidupkan malam Ramadan dengan ibadat sunat seperti melakukan solat Tarawih dan solat malam.


+ Terdorong bersolat Tarawih hanya kerana sandaran kepada hadis palsu yang menyatakan kelebihan bersolat Tarawih pada setiap malam. Pihak berkuasa agama perlu menghindarkan penyebaran hadis ini daripada berleluasa seperti tahun terdahulu.


+ Mengabaikan ibadat malam bermula dengan solat berjemaah Maghrib, Isyak dan Tarawih kerana sibuk menonton televisyen atau kerana urusan lain.


+ Malas bekerja dan tidak produktif ketika berpuasa dengan alasan keletihan. Bayangkan bagaimana Nabi SAW dan sahabat ketika perang Badar dengan nisbah 300 melawan 1000.


+ Malas membaca al-Quran atau hanya mengehadkan bacaan pada surah Yasin saja. Baginda SAW sentiasa menyemak dan mengkhatamkan al-Quran sekali pada Ramadan dengan Jibril as.


+ Malas berdoa sedangkan doa orang berpuasa akan dimakbul Allah berdasarkan sabda Nabi SAW: "Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbuka, adalah waktu doa yang tidak ditolak," (Riwayat Ibn Majah).


+ Mengabai serta meninggalkan peluang beribadah pada 10 malam terakhir Ramadan kerana sibuk dengan persiapan menyambut hari raya.


+ Tidak bersedih dengan berakhirnya Ramadan, malah tidak bimbang jika tidak dapat bertemu Ramadan akan datang.


+ Memiliki kepercayaan karut mengenai kepulangan roh orang yang mati pada Ramadan, sedangkan kepercayaan itu bertentangan dengan konsep roh dan alam barzakh (al-Mu'minun:99-100)


+ Kepercayaan kepada perlunya menyalakan pelita pada malam tujuh likur. Akibat kepercayaan ini, Islam terfitnah dengan tohmahan pihak tertentu yang mengatakan malaikat orang Islam rabun malam. Oleh itu, pelita perlu dinyalakan sebagai panduan kepada malaikat yang turun membawa berkat.


+ Tidak menunaikan sembahyang fardu ketika berpuasa atau hanya bersolat pada bulan Ramadan. Sabda Nabi SAW, bermaksud: "Beza di antara seorang Muslim dengan syirik serta kekufuran adalah meninggalkan solat (Hadis riwayat Muslim). Mengikut sebahagian ulama salaf, orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum kafir. Maka sudah pasti amalan puasa orang yang kafir tidak akan diterima Allah.


+ Memusnahkan pahala puasa sebulan dengan sambutan hari raya keterlaluan hingga melakukan maksiat.


Ini adalah antara beberapa kesalahan atau keterlanjuran yang biasa dilakukan umat Islam ketika menjalani ibadat puasa yang boleh merendahkan martabat Ramadan.


Oleh itu, kita perlu menghindarkannya demi menjamin pahala berganda pada bulan ini berdasarkan sabda Rasulullah, bermaksud: "Barang siapa berpuasa pada Ramadan dengan penuh iman dan mengharapkan pahala, diampunkan dosa lalu," (Riwayat al-Bukhari)


Dipetik dari artikel dari,

ABDULLAH BUKHARI ABDUL RAHIM AL-HAFIZ


Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia


Selasa, 2 Ogos 2011

Tak Terlambat...

Salam semua. Baru berkesempatan menjenguk Blog sendiri. Tak terlambat kiranya untuk mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang Diberkati pada semua rakan-rakan blogger dan semua ahli keluarga.


Ramadhan kali ni kami lalui dengan lebih sederhana rasanya ( setelah sehari berlalu ). Pada malam pertama , kami bersahur hanya ditemani nasi dan sup daging. Dan yang paling mengujakan sekali, Naufal bersahur bersama dan dapat menghabiskan satu hari berpuasa semalam. Sementara Nabil pula, baru pagi ni bangun bersahur dan katanya nak berpuasa jugak hari ni. Kesian tengok diorang bangun awal pagi dan hanya makan nasi berkuahkan kuah gulai lemak ikan kering. Selepas dah bersiap nak ke sekolah, Nabil yang mungkin terasa dahaga telah pun meminum air masak dengan selamba. ( Dia mungkin tak berapa faham lagi )...Tapi setelah diterangkan, dia kata dia dahaga...hehehe...takpalah, "tapi lepas ni dah tak boleh makan dan minum lagi tau"....kata aku.

Naufal dan Nabil....Post tentang hari sukan ni nanti baru buat..
Apapun, walaupun diorang tak lagi diwajibkan berpuasa, tapi latihan tu penting buat diorang.


***Ingat lagi masa aku kecik-kecik, darjah satu dan dua pun tak puasa lagi....hehehehe

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails