Diorang memang suka datang sini, selain tempat yang best, ada jugak monyet yang boleh dikacau...
Kini semuanya hanyalah tinggal kenangan. Tak mungkin dapat diundurkan masa...Moga kita bertemu di Syurga dengan izin Allah...
Member Kamcing Anak Haji Amir
Khamis, 7 April 2011
Taman Botanikal
Gambar ni dah lama dah, masa ni Uqaiel belum lahir lagi. Tapi sayang pulak, tu yang post jugak tu. Kami pergi ke Taman Bungah/ Botanical Garden, Pulau Pinang. Kat sini pagi dan petang ramai la orang jogging atau jungle trekking. Tapi kami pergi tak buat apa pun, hanya bersantai bersama anak-anak.
Rabu, 6 April 2011
Sibuk sesangat..!!!
Mintak maaf pada semua pengunjung blog Anak Haji Amir, aku teramat sibuk sekarang ni yang mana tak membolehkan aku membalas setiap kunjungan teman-teman. Tak berkesempatan membalas segala komen yang diberikan. InsyaAllah, aku akan menjengah ke blog teman-teman sedikit masa lagi. Buat masa ni keadaan office aku berserabut dengan habuk merata tempat, barang bersepah. Nasib baik la sekarang ni aku banyak menghabiskan masa di Batu Feringghi ( bukan lepak tepi pantai ok, kat furniture workshop )...tapi bila balik office memang serabut.
resdung, bila tanya kat dia,



***Nanti aku balas semua komen, lepas dah ok makan udat resdung tu ok...hehehhe
Kat rumah pulak tak boleh nak konsentrate, sebab hidung, mata semua gatal-gatal ( sebab habuk kat office ) internet pulak slow macam nak mampus. Komen separuh jalan, disconnect....
Pagi tadi singgah kat kedai kakak jual nasik dan kuih. Nampak dia jual ubat
" Ubat ni baguih adik, dari langkawi ni. adik kak bawak balik. Ramai dah orang pakai, depa beli banyak botoi.." Kata kakak tu...
Aku ambil satu. Cuba lah..ubat alegik klinik dah makan tapi tak jadi apa...
Office aku yang sedang direnovate...




Ni tempat aku..segala barang-barang aku kat sini....tapi ni tempat aku buat drawing manual...
Ha..tempat macam tongkang pecah ni, pun tempat aku jugak, tempat buat drawing autoCad
Ni la ubat resdung yang dibeli dari kakak jual kuih...
Isnin, 4 April 2011
Tidur Pun Sengih...!!!
Baru tadi Abah call dari kampung. Ingatkan kenapa, rupa-rupanya dia nak bagitahu yang Imah dah pun lulus kedua-dua ujian memandu Motor dan kereta ) pagi tadi. Masa memandu balik ke rumah daripada Driving school, abah bagitahu Imah tersengeh sampai ke telinga..!!! Sampai tadi aku call dia, dia tengah tidur, tapi dari percakapan dia aku tau dia sedang tersengih..!!! Alangkah gembiranya...mengalahkan sengih Pinny..!!! Hahahaa...
Apa-apa pun tahniah buat Imah....!!! Nanti kalau balik kampung, buleh suruh Imah drive pi Barkat Jasmin...
***Tapi kalu nak tido tu jangan tersengih sangat....hehehe
Menanti Sang Suria di Kampung Padang Serai
Walaupun agak sibuk kebelakangan ni, aku sempat gak upload gambar yang adik emelkan kat aku. Sebenarnya gambar ni kesinambungan dengan post aku yang lepas. Diorang ni memang kreatif. Walaupun sebenarnya memang nak berjoging tapi kamera tetap dibawa...Untuk pengetahuan, segala gambar ni dan juga gambar entry joging yang lepas, hanya mereka dua orang yang pergi... Maknanya pandai-pandai la diorang, sorang ambil gambar sorang posing...Yang gambar dua orang tu, diorang letak le kamera kat mana-mana tempat yang stabil ( takde tripod yang digunakan ) dan guna timer... Dalam gambar-gambar ni aku nak tunjukkan keindahan pada waktu matahari menyinar di kampung aku. Jangan tak tau, kat kampung kita kat malaysia ni pun ada tempat yang memang cantik, cuma kalu nak tengok semua tu, rajin-rajin la bangun awal....Tapi sekarang dah susah dah kalau nak ajak Daud dan Adik bangun awal dan buat aktiviti , sebab diorang lepas subuh mesti nak tidor balik, sebab Daud malam-malam keluar dengan kawan-kawan pergi tangkap ayam hutan la segala bagai. Adik pulak tidor lambat jugak, asyik dengan komputer dia la.... Apa-apapun enjoy...!!!!
Yang berbaju no 12 tu Daud...nampak tak ???
Berlatar belakangkan fajar.... 

Eh..nak jatuh la pulak...
Dikejauhan, sang mentari mula menampakkan diri...







Cuba untuk mencapai mentari...

Menanti dengan penuh kesabaran....

Sungai di belakang rumah Pak Ndak Chan...mengalir lesu...





*** Ok tak kampung aku...hehehe..Terima kasih kat Daud dan Adik..!!!
Sabtu, 2 April 2011
Jogging
Ada satu pagi tu, Daud dan Adik rasa kadar lemak tepu di dalam badan diorang telah meningkat dengan mendadak, setelah kegiatan mereka semenjak balik ke kampung hanya makan dan tidur sahaja. Menyedari yang pertambahan lemak di sekitar perut yang agak menjengkelkan bila dilihat, mereka berdua merancang untuk buat sesuatu..!!
Salah satu aktiviti yang terlintas di fikiran mereka ialah, berjoging..!! Agak bagus nampaknya..Teruskan usaha yang murni itu..!!!
Diorang memilih untuk berjoging di tepi sungai...
Jumaat, 1 April 2011
Kelebihan Hari Jumaat...
Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat. "Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah." Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".
Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.
Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.
Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.
Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".
Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".Ibadah pada hari Jumaat. Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.
Selawat
Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.
Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.
Memotong Kuku
Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.
Sumber; SINI
*** Mungkin bagi kita hanyalah keseronokan hari terakhir kerja, sebab esok cutiii...!!!!...
Langgan:
Catatan (Atom)