Member Kamcing Anak Haji Amir

Isnin, 10 Januari 2011

Naufal Dan Basikal..

Rasa lama pulak tak update... Ni nak cerita sikit tentang Naufal yang dah pandai berbasikal. Seingat aku la , dulu aku boleh berbasikal pun kalau tak silap dalam darjah 3 atau 4. Ni baru 6 tahun dah berbasikal...Tahniah, tahniah...

Manakala Nabil yang agak takut nak naik basikal. Dia nak beli basikal bebudak beroda 3...Tu yang dia hanya berlari ikut Naufal berbasikal...

Jumaat, 7 Januari 2011

Pizza O Kosong satu..!!!

Semalam masa balik kerja, singgah la satu pasar malam di Bukit jambul. Ingat nak la beli makanan buat bawak balik. Nampak satu gerai Pizza, nampak macam best je.. Aku pun order la chiken hawaiian pizza. Kitaorang bagitahu, nanti kitaorang ambil la bila dah habis round-round pasar malam.

Lepas beli nasik ayam untuk bebudak dan jalan satu pasar malam, terus pergi balik ke gerai pizza tadi. Bila dah bayar dia cakap RM 16, sedangkan tadi dia bagitahu RM 15..Bila aku bagitau baru dia cakap silap..
Bila dah sampai rumah terus la bukak kotak pizza tu....


Bila bukak kotak, nampak plastik merah bungkus itu pizza..




Bila bukak plastik, nampak la roti pizza kosong....siap ada kaler-kaler hijau lagi..




Tapi roti tu dah berkulat la...tu yang hijau-hijau tu..




Belakang dia dah bakar dah...


Nabil siap tak sabar-sabar nak makan lagi, sebab diorang ni kaki pizza. Aku cakap nanti abah tukar. Lepas mandi dan sembahyang maghrib, terus pergi ke pasar malam tadi, jauh tu dari bayan lepas ke bukit jambul.

Bila sampai, dikejauhan aku nampak gerai tu dah kemas-kemas, dah habis la tu. Bila aku letak je kotak pizza tu kat atas meja dia, terus dia mintak maaf. Dia cakap tersilap, sebab bagi pizza kosong tu. Dia kata pizza dah habis, jadi dia pulangkan balik duit. aku kalau orang dah mintak maaf, terus jadi lembut la...Tapi dia langsung tak bukak tengok pizza tu, sebab kat situ ada la 2-3 orang yang sembang dengan dia, jadi mungkin dia malu nak bagitau yang roti pizza tu dah berkulat. Bukan apa, macamana kalau aku duduk di Balik Pulau, takkan nak patah balik hanya kerana pizza 15 ringgit..!

So moralnya baik beli Pizza yang betul-betul pizza. Kalau nak beli gak pizza yang kat pasar malam, baik tunggu masa diorang buat, mana tahu diorang guna roti yang dah berkulat, sebab bila dah bubuh topping tak nampak la yang berkulat tu...

Jangan biarkan anda dan keluarga anda diselubungi misteri pizza O kosong....

Khamis, 6 Januari 2011

Menara Condong

Satu hari Daud, Faiez dan dua anak saudara mereka, aiman dan Furqan bersembang di halaman rumah abah...

Daud : Jom kita pergi Perancis nak...

Faiez : Nak wat per pegi sana..?

Daud : Teringin nak pi menara condong la..

Aiman/ Furqan : Eee..bestnya Paktam ( Daud )..Nak ikut buleh..?

Daud : Nak ikut jom...tapi kena mintak pinjam keter kat Tok Wan..

Furqan : Ok..ok..nanti Furqan mintak..

Setelah memulakan perjalanan ke lapangan terbang Ipoh, mereka singgah sebentar di Bandar Teluk Intan...

Daud : E..ehh...Cuba hampa tengok tu...Macam menara condong Pisa la...

Faiez : A..ah la...sebijik siutt...siap condong lagi..

Oleh kerana mereka telah berjumpa dengan menara condong Teluk Intan, mereka membatalkan hasrat untuk ke Perancis...Mereka bergambar kenang-kenangan sehinggalah pukul 3 pagi...

Moral of the story: Cuti-cuti Malaysia, segalanya ada di sini !!!1


Kelihatan Faiez (adik ) dan Furqan, terpegun...


Akhirnya kami berjaya jugak..


Ni kena tenung lama-lama ni...sampai jemu..

Yeeehh..sudah jemu...

Ayman membesarkan dirinya setinggi Ultraman untuk mencuci bumbung menara..
Diikuti oleh adik..
Dalam usaha memendekkan dirinya semula..
eh..tetiba saja dia nak tumbang...tahan..tahan...
Sungguh teruja mereka..
Sampai ada adegan nak lambung ke atas bumbung la..
Daud mengabadikan kenangan di menara condong..
ZZzeettt...Hehehhe..sebenarnya diorang ni memang nak pergi Bagan Datoh, kenduri kawan Daud. Lepas tu singgah ke rumah anak saudara abah, Abang Jamari.. Masa nak balik ronda-ronda Pekan Teluk Intan dan bergambar di Menara Jam Condong di Teluk Intan...
Ayman, Furqan, Faiez, abang Jamari , Isteri dan anaknya...
Daud mengambil tempat Ayman..Setiap orang dihadiahkan sehelai kain pelekat..
Abang Jamari dan Isteri..

*** Gambar ni dah lama, ada yang dah anak saudara upload kat diorang punya Facebook..Apa pun terima kasih kepada Ayman dan Daud di atas gambar-gambar yang di ambil...

Rabu, 5 Januari 2011

Jangan Jadi Mat Rempit



Adik yang menyambung pelajaran di UiTM Shah Alam dalam jurusan kejuruteraan telah membeli motor untuk kemudahan di sana. Dulu kata nak bawak motor dari Penang.
Yang tak tahan tu siap beli helmet macam helmet juruterbang tu...( dinasihatkan letak le tinted kat cermin tu )

Apa-apa pun selamat belajar dan selamat menunggang dan janagan jadi mat rempit..!!!

p/s: Abah tau ke beli motor ni,,??

Isnin, 3 Januari 2011

Hari Persekolahan Pertama

Hari ni hari pertama Nabil( 5 tahun ) ke sekolah. Naufal ( 6 tahun ) pulak dah ada pengalaman dah tahun lepas kat tadika al-Azhar, cuma tahun ni dia dapat jumpa kawan baru di sekolah baru. Seperti biasa diaorang memang tak ada rasa takut langsung, malah begitu teruja sekali. Malah cikgu mengatakan yang Nabil seorang yang banyak cakap...( untuk pengetahuan, Nabil bercita-cita sebagai doktor dan Ustaz macam Dr. Daniel. )

Selamat bersekolah..!!!!

Ahad, 2 Januari 2011

Hari Jadi Naufal






Hari ini genaplah umur Naufal, 6 tahun. Tak celebrate pun, sebab ingat nak buat sekali dengan Nabil pada 18 hb nanti.

Ummi : Naufal tau tak hari ni besday naufal..?

Naufal : Dia tanya ( bagitahu ) dalam TV ka..?

Ummi : Tak, memang hari ni la harijadi Naufal. Naufal dah 6 tahun...

Naufal : Oooo...( macam paham je )


Harijadi Ultroman ke, harijadi Ben 10 ?

Ummi : Hari ni la Ummi lahirkan Naufal..

Naufal : Abah..Abah..Betul ke Ummi kata hari ni harijadi Naufal ?

Aku : A..ah..Betul la tu..

Lepas tu dia terus main balik dengan Nabil...

Selamat hari jadi buat Naufal..!!!

Sabtu, 1 Januari 2011

Azam Tahun Baru 2011

Seperti biasa bila tahun baru je, semua mesti ada azam kan. Aku macam biasa-biasa saja, nak memperbaiki diri dan kehidupan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, disamping melangsaikan segala hutang-piutang yang membelenggu( setiap orang mungkin mengalami masalah yang sama )...

Untuk blog kesayangan aku ni pulak, aku nak siapkan semua perancangan nak publishkan semua kartun-kartun yang belum sempat disiapkan. Yang terutamanya tunggulah kemunculan 'Siri Cerita Motang Getah' ( SCMG ) pada tahun ini...

Selamat tahun baru...!!!!

Mungkin suka nak tengok ni...

Related Posts with Thumbnails